Vokalis Wings, Datuk Awie mengesahkan bakal menimang cahaya mata baru selepas isterinya, Sharifah Ladyana disahkan hamil.
Jika dikira-kira, ini merupakan anak ketujuh Awie. Namun ini merupakan anak keduanya bersama Sharifah yang dinikahi pada 2016.
Masih di peringkat awal kehamilan, Awie atau pemilik nama penuh, Ahmad Azhar Othman berharap proses kehamilan isterinya dipermudahkan.
“Saya sudah nak masuk yang ke-7 dah anak. Alhamdulillah ini rezeki Allah nak bagi dan saya rasa ini satu penambahan kebahagiaan dan ketenangan dalam hidup.
“Jadi kalau nak tegas dengan mereka ini bukan garang. Garang adalah ‘bullet’ terakhir. Kalau mereka malas nak belajar, terutama yang main-main selalu anak lelaki.
“Saya tahulah sebab saya lelaki. Insya Allah ini boleh beri ketenangan dalam hidup iaitu anak-anak. Saya tak terfikir saya ada tujuh orang anak.
“Selagi Allah izinkan. Rezeki jangan ditolak, maut jangan dicari. Selagi Allah izinkan, maknanya Dia tahu orang itu ada kemampuan. Rezeki tak pernah salah alamat,” katanya memetik Harian Metro.
Tidak merancang soal cahaya mata, Awie bersyukur dengan kurniaan Allah dan menganggap kehadiran anak-anak memberi erti kegembiraan buat dirinya.
“Saya berprinsip, selagi dia mampu, boleh jaga, selagi saya rasa saya boleh. Cuma jika rasa membebankan janganlah. Namun, takkanlah anak itu membebankan,”
Sekadar info, Awie pernah mendirikan rumahtangga dengan penyanyi, Arni Nazira pada tahun 1998. Beliau memiliki dua cahaya mata iaitu Putri Aleeya Antasha, 23 dan Putri Aleefa Antasha, 21.
Bersama Rozana Misbun pula, mereka dikurniakan Putra Ahmad Merrah, Putra Ahmad Rezzki, dan Puteri Qasseh Antasha. Mereka bernikah pada 20 Jun 2005.
Mereka bercerai pada 1 November 2014.
Awie kemudian berkahwin dengan Sharifah Ladyana pada Oktober 2016 dan dikurniakan seorang anak pada 2020.
Baca juga: “12 tahun aku kahwin dengan dia, susah payah jaga anak, dia pula ‘sedap’ dengan janda…”