Malaysia Dateline

Biro Konvensyen Sarawak menang Anugerah BrandLaureate

Biro Konvensyen Sarawak (SCB) memenangi Anugerah BrandLaureate CSR BrandLeadership 2018.

SCB berkata anugerah itu memperakui perbadanan, pertubuhan bukan kerajaan, masyarakat, institusi dan individu yang menyumbang kepada masyarakat secara meluas.

Dalam satu kenyataan semalam, Presiden Asia Pacific Brands Foundation Dr KK Johan berkata kepimpinan berpengaruh SCB dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR), diperakui oleh yayasan itu.

Pengerusi SCB Tan Sri Dr Muhammad Leo Michael Toyad Abdullah berkata kejayaan itu akan mendorong organisasi bergerak ke hadapan sebagai satu pasukan untuk menggalakkan penggiat industri menjayakan inisiatif konvensyen dan CSR yang mampu mewujudkan legasi yang positif.

SCB ditubuhkan pada 2006 oleh kerajaan negeri Sarawak sebagai syarikat bukan untuk membuat keuntungan, dengan matlamat untuk membangunkan Sarawak sebagai destinasi yang kompetitif untuk mesyuarat antarabangsa.