Malaysia Dateline

Blog Abu Leman disiasat, peralatan di rampas SKMM

Pemilik akaun facebook dan blog ‘Abu Leman’ disoalsiat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kerana didakwa menyebarkan kandungan palsu terhadap kerabat diraja dan pemimpin negara.

SKMM dalam kenyataan semalam berkata dengan kerjasama Jabataan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Kontinjen Melaka telah membuat serbuan ke rumah suspek di Bemban, Melaka pada Khamis.

Ketua Bahagian Penguatkuasaan SKMM Datuk Mohd Shafie Harun berkata, serbuat dilakukan selepas suruhanjaya itu menerima aduan orang ramai berhubung perkara berkenaan.

Menurutnya siasatan awal SKMM suspek yang mengunakan akaun facebook dan blog atas nama ‘Abu Leman merupakan pentadbir kepada kedua-dua akaun tersebut.

“Dalam serbuat dilakukan beberapa peralatan komunikasi seperti komputer riba, modem, telefon bimbit, kad SIM dan kad memori turut dirampas bagi membantu siasatan. Rakaman percakapan dariapda suspek juga telah diambil,” katanya.

Kes tersenbut disiasat di bawah Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.