Malaysia Dateline

Blogger Tulang Besi kembali menemui Tuhannya

Blogger Tulang Besi atau Abdul Rahman Abdul Talib telah kembali menemui Tuhannya malam tadi susulan penyakit pneumonia yang dihadapinya.

Allahyarham menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Melaka manakala jenazah beliau akan di bawa ke rumah ibunya di Seksyen 8 Kota Damansara.

Jenazah akan dimandikan dan disolatkan di Masjid Kuning Kota Damansara pagi ini dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9 Kota Damansara.

Lima hari lepas, isterinya memaklumkan keadaan Abdul Rahman kritikal selepas 21 hari berada di ICU kerana penyakit yang dihadapinya.

Blogger Tulang Besi kembali menemui Tuhannya
Gambar yang dikongsi di Facebook Abdul Talib Abdul Rahman

“Saya isteri Abdul Rahman Bin Abdul Talib, dengan penuh kerendahan hati memohon dari semua kenalan suami saya untuk menDOAkan beliau diberi kesembuhan dari segala penyakit.

“Abdul Rahman dalam keadan kritikal dan hari ini adalah hari ke 21 beliau di ICU,” maklum isterinya di Facebook Abdul Talib Abdul Rahman.

Isterinya turut memuat naik rakaman video suaminya yang meminta maaf kepada semua yang mengenalinya.