Blok pembangkang digesa bersatu sokong calon Pas

Blok pembangkang digesa bersatu sokong calon Pas

Tuan Ibrahim Tuan Man Pas menggesa blok pembangkang bersatu dalam menyokong calon Pas bagi menghantar isyarat yang jelas kepada Umno- BN khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa blok pembangkang sedia melupakan perbezaan parti politik demi masa depan rakyat dan negara.

Timbalan Presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, jika hal ini tidak berlaku terpaksalah blok pembangkang bersedia melihat yang kalah jadi abu, yang menang jadi arang manakala Najib akan terus tersenyum riang.

“Sasaran Pas ialah BN, matlamatnya ialah menumbangkan BN bagi menghantar mesej bagi pihak rakyat bahawa BN yang diketuai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sudah ditolak rakyat.

“Tidak timbul untuk undur ke belakang daripada matlamat ini.” ujarnya dipetik dari media rasmi parti itu.

Pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar akan diadakan pada 18 Jun dan penamaan calon pada 5 Jun 2016.

“Ini bermakna hanya tinggal kurang sebulan untuk usaha memenangi hati pengundi di kawasan tersebut sempena bulan Ramadan yang penuh dengan pelbagai program asas dan suasana ibadah.

“Sehubungan itu, dan bertepatan dengan jiwa Ramadan yang bakal menjelang, Pas hanya akan memberi fokus kepada persiapan jentera pilihan raya dan penyusunan semua gerak kerja pilihan raya bagi memenangi kedua-dua PRK ini.

“Pas telahpun membentuk Jawatankuasa Induk dan Operasi PRK ini.” katanya.

TAGS