Blok politik ketiga:  Pas akan berpecah kali kedua, kata DAP

Blok politik ketiga: Pas akan berpecah kali kedua, kata DAP

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Pas hari ini dilihat semakin kurang dominan dalam peta politik tanah air bukan sahaja telah memancing kemarahan rakyat kerana memilih untuk bersikap ‘mesra Najib’ tetapi turut memungkinkan berlakunya perpecahan kali kedua melibatkan ahli dan pimpinan akar umbi parti itu.

Pengarah Pendidikan Politik DAP Liew ChinTong berkata, pengumuman ‘blok ketiga’ yang diterajui Pas dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) memperlihatkan politik PAS akan mundur selangkah ke belakang tanpa adanya sentuhan kelompok kumpulan progresif dalam parti itu.

“Saya hanya tersenyum dengan apa yang Pas war-warkan sebagai ‘kuasa ketiga’ yang dakwanya bersifat multi-ras itu. Apatah lagi bila kini satu dunia mengetahui bahawa ‘kuasa ketiga’ tersebut adalah melibatkan parti Ikatan yang barangkali ramai rakyat terpaksa ‘google’ dan mencari-cari semula siapakah mereka ini. Ia membuatkan saya tertawa kecil,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Lim mendakw daripada beberapa sumber, Pas berharap dengan kewujudan pakatan kuasa ketiga ini akan memaksa PKR untuk memilih antara DAP dan Pas.

“Namun senario pasca Deklarasi Rakyat baru-baru ini pastinya telah merubah landskap politik negara.

“Beberapa pemimpin PKR yang dilihat cenderung bekerjasama dengan PAS telah melihat bahawa gelombang anti-Najib merupakan asas kepada apa jua pakatan politik oposisi sekarang ini.

“Dan faktanya, PAS dengan jelas memilih untuk menjadi ‘penasihat’ kepada Najib dan Umno- BN.

“Akhirnya, perencanaan PAS ini seolah-olah memakan diri sendiri bahkan menjadi bahan ketawa rakyat Malaysia.” ujarnya.

Semalam Presiden Pas Datuk Abdul Hadi Awang dalam kenyataan media bersama Abdul Kadir dipetik berkata, pertemuan kerjasama dalam blok politik ketiga itu akan membuka ruang ke arah membina suatu kumpulan persefahaman kerjasama politik lebih tersusun yang sedang digagaskan oleh Pas.

Ikatan adalah parti yang diketuai bekas menteri, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir yang ditubuhkan pada 2012 dan didaftarkan pada 2015.

TAGS