BN akan belanja besar di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, dakwa Pas

BN akan belanja besar di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, dakwa Pas

Pas menjangkakan pertempuran sengit akan berlaku antara parti itu dengan BN dan Pas pada PRK di Sungai Besar dan Kuala Kangsar sehingga mendesak BN mengeluarkan belanja kempen melebihi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak lalu.

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man

Pas menjangkakan pertempuran sengit akan berlaku antara parti itu dengan BN dan Pas pada PRK di Sungai Besar dan Kuala Kangsar sehingga mendesak BN mengeluarkan belanja kempen melebihi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak lalu.

Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man  dalam satu kenyataannya, mempersoalkan berapa peruntukan kerajaan pusat-BN bakal janjikan pula dalam PRK di Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang menjadi referendum penting bagi penyambung karier politik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Kerajaan BN telah menjanjikan 400 projek bernilai RM792.34 juta untuk Sarawak sempena PRN sebagaimana yang diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said di Parlimen.

“Melihat cara BN berkempen dengan janji RM792 juta di PRN Sarawak,tidak dinafikan PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar bakal menyaksikan satu petempuran sengit antara BN dan Pas.

“Saya percaya tiada siapa di kalangan pembangkang yang ingin terus melihat bagaimana PM and pemimpin BN membuat kenyataan seperti “GST diterima rakyat”, “Rakyat percaya tiada salahlaku pada derma RM2.6 bilion”, “BN sememangnya menjaga rakyat”, “Rakyat percaya PM tidak terlibat dengan 1MDB”, “BN kerajaan yang bersih” dan sebagainya sekiranya BN memenangi PRK ini seperti yang terjadi di Sarawak,” ujarnya.

Tuan Ibrahim menegaskan, pihak pembangkang yang tidak sudi membantu Pas, jangan mengambil sikap menyusahkan sambil memudahkan kerja BN mencapai kemenangan di kedua-dua PRK ini.

Mengulas lanjut, Tun Ibrahim turut mempersoalkan sumber dana yang digunakan BN untuk berkempen pada PRN Sarawak dan juga PRK kali ini.

“Pada PRU13, kempen BN dikatakan dibantu menggunakan dana derma saudagar Arab.

“Dana siapa pula yang akan digunakan untuk kedua-dua PRK kali ini? Dan dana mana pula yang digunakan ketika di PRN Sarawak?” katanya.

TAGS