BN  catat  kemenangan pertama di N82 Bukit Sari

BN catat kemenangan pertama di N82 Bukit Sari

Calon N82 Bukit Sari, Datuk Awang Tengah Ali Hassan diisytiharkan menang tanpa bertanding setelah masa penamaan calon ditutup jam 10.00 pagi tadi.

Beliau menjadi calon Barisan Nasional (BN) pertama yang diisytiharkan menang melibatkan 82 kerusi yang dipertandingkan.

Dipercayai lebih banyak kawasan Dun bakal dimenangi oleh BN pada Pilihanraya Negeri (PRN) ke-11 pada kali ini.

Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem antara mereka yang mengemukakan kertas pencalonan bagi  hari ini.

Adenan, calon BN  bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Tanjung Datu, mengemukakan kertas pencalonannya di Pusat Penamaan Calon di Dewan Masyarakat Lundu dekat sini pada 9.25 pagi.

Laporan awal menunjukkan BN secara tidak rasmi menang tanpa bertanding kerusi Bukit Kota dan Bukit Sari setelah selesai proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 (PRN-11), pagi Isnin.

 Adenan  yang juga Pengerusi BN Sarawak, berkata beliau telah difahamkan mengenai perkara tersebut.

“Saya telah dimaklumkan bahawa BN secara tidak rasmi memenangi kawasan Bukit Sari dan Bukit Kota,” katanya kepada pemberita  hari ini.

Manakala kerusi Dun Pujut bakal menyaksikan pertembungan empat penjuru selepas tamat tempoh penamaan calon pada jam 10 pagi tadi.

Penyandang Fong Pau Teck yang bertanding di bawah tiket bebas akan berhadapan dengan calon Pas Jofri Jaraiee, calon langsung BN Datuk Hii King Chiong dan calon DAP Ting Tiong Choon.

“SPR telah terima pencalonan daripada empat calon. Setelah semakan dibuat, tiada calon ditolak,” kata Pegawai Pengurus Pilihan Raya N74 Pujut, Chee Kie Chang tepat jam 12 tengah hari tadi.

Sementara itu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata pihaknya akan mengadakan sidang media mengenai proses penamaan calon tersebut pada 1 tengah hari ini.

Calon-calon BN, pembangkang dan Bebas mengemukakan kertas pencalonan masing-masing semasa proses pencalonan selama sejam di 82  pusat penamaan calon bermula sejak 9 pagi.

Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 telahpun ditutup pada jam 10 pagi tadi.

Selepas itu, pegawai pengurus pilihan raya bagi setiap kawasan berkenaan akan mengumumkan calon-calon yang layak bertanding sekiranya ada pertandingan.

 Pengundian ditetapkan pada 7 Mei.

Pilihan raya itu diadakan susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak pada 11 April.

Dun Sarawak kini mempunyai 82 kerusi berikutan persempadanan semula yang menyaksikan tambahan 11 kerusi baharu.

Keputusan awal setakat  diperoleh, calon yang akan bertanding di 82 kerusi dalam PRN Sarawak adalah seperti berikut:

1.N.03 Tanjung Datu- Tan Sri Adenan Satem (BN-PBB) bertemu Jazolkipli Numan (PKR).

2 N.08 Satok – Abang Johari (BN) bertemu Mohammad Salleh Shawkatali (PKR).

3. N.82 Bukit Sari – Datuk Awang Tengah Ali Hassan (BN) –Menang tanpa bertanding.

4. N.16 Muara Tuang –  Datuk Idris Buang (BN-PBB) bertemu Zulkipli Ramzi (Pas) dan  Abang Abdul Halil Abang Naili (Amanah)

5. N.14 Batu Kawah –  Datuk Dr Sim Kui Hian (BN-SUPP) bertemu Christina Chew Wang See (DAP) dan  Liu Thian Leong  (Bebas)

6. N37 Bukit Saban – Datuk Amar Douglas Uggah Embas (BN-PBB)  bertemu Noel Changgai Bucking (PKR)

7. N53 Bang Assan – Datuk Seri Wong Soon Koh(BN) bertemu Chiew Sung Ngie (DAP), Wong Sing Wei (STAR), Watson Bangau ak Jonathan Renang (Bebas) dan Yeu Bang Keng (Bebas)

8. N17 Stakan (kerusi bahau)  -. Datuk Seri Mohamad Ali Mahmud (BN-PBB) bertemu  Leslie Ting Xiang Zhi (DAP)

9. N064 Baleh -Tan Sri Dr James Jemut Masing (BN-PRS) bertemu  Agop Linsong (DAP)

10. N55 Nangka –  Dr Annuar Bin Haji Rapa’ee (BN-PBB) bertemu Abdul Rafidin Bin Majidi (PKR) dan Tiong Ing Tung (Star)

11. N13 Batu Kitang (kerusi baharu) -Lo Khere Chiang (BN-Supp) bertemu Voon Shiak Ni (PKR),Abdul Aziz Isa(DAP), Sulaiman Kadir (Bebas) dan Othman Bojeng (Bebas)

12.N63 Bukit Goram (kerusi baharu) – Jefferson Jamit Unyat (BN-PBB) bertemu  Larry Asap (DAP)

13. N41 Kuala Rajang (nama asa Belawai) -Datuk Talif @ Len bin Salleh…(BN-Pbb) bertemu Sopian bin Julaihi (Amanah) dan  Asbor Abdullah (Bebas)

14.N61 Pelagus – Wilson Nyabong Igang (BN-PRS) bertemu Frankie Bedindang Manjah (DAP) dan  Yong ak Sibat.(Bebas)

15. N64 Dun Pujut – Datuk Hii King Chiong (BN) bertemu  Fong Pau Teck (Bebas),  Jofri Jaraiee (Pas)  dan  Ting Tiong Choo (DAP)

 

Akan menyusul keputusan penuh

TAGS