BN dapat majoriti 2,064 undi setakat 8.30 malam

BN dapat majoriti 2,064 undi setakat 8.30 malam

Keputusan rasmi PRK Dun Semenyih setakat 8.30 malam ini menyaksikan BN mendapat majoriti 2,064 undi.

Paparan skrin SPR di Dewan Seri Cempaka, Majlis Perbandaran Kajang menunjukkan BN mendapat 13,731 undi manakala PH hanya 11,667 undi.

Proses pengundian di semua 24 pusat mengundi membabitkan 116 saluran dibuka dari 8 pagi hingga 5.30 petang tadi.

PRK N.24 Semenyih menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon PH, Muhammad Aiman Zainali, Zakaria Hanafi (BN), Kuan Chee Heng (Bebas) dan Nik Aziz Afiq Abdul (PSM)