Malaysia Dateline

BN henti buli Kelantan, kata Husam

Naib Presiden Parti AMANAH Negara, Datuk Husam Musa menyeru Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak supaya berhenti membuli kerajaan Kelantan.

“Beri wang, kemudian ungkit, itu buli namanya.

Husam Musa

“Apa lagi diungkit depan khalayak ramai. Sangat kurang sopan. Dilarang oleh Islam,” tulis beliau dalam Facebook beliau hari ini dipercayai mengulas kenyataan Najib dalam program perjumpaan dengan penjawat awam di Kelantan semalam.

Kata Adun Salor itu, jika Kelantan atau mana-mana negeri mengalami kurangan dalam belanja mengurus, iaitu bayaran gaji dan emolumen, Kerajaan Pusat wajib menampung.

“Itu ada dalam Perlembagaan Negara sebelum Datuk Seri Najib menjadi Perdana Menteri (PM) lagi.

“Zaman PM sebelum Najib pun bayaran itu dibuat.

“Nafkah wajib tak perlu diungkit,” kata beliau.

Kata beliau lagi, kalau nak ungkit, ungkit masa Menteri Besar (MB) Kelantan datang jumpa tambah peruntukan.

“Bukan depan rakyat jelata kerana nak malukan MB dan Kerajaan Pas Kelantan,” katanya.