Malaysia Dateline

BN Melaka arah jentera semua peringkat bersiap hadapi PRN

BN Melaka telah mengarahkan jentera pilihan rayanya bersiap sedia bagi menghadapi pilihan raya negeri (PRN) ekoran tumbangnya kejatuhan pentadbirannya hari ini.

Timbalan Pengarah Pilihan Raya II BN Melaka, Hasnoor Sdg Husin memberitahu kepada semua jentera pilihan raya di peringkat Parlimen, DUN dan PDM supaya bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN).

Katanya, PRN Melaka akan diadakan sejurus pengisytiharan pembubaran Dewan Undangan Negeri.

“Sehubungan itu, jentera pilihan raya di semua peringkat hendaklah digerakkan pada kadar segera bagi memastikan kemenangan BN berada dalam genggaman,” katanya.

Bahkan, tambahnya lagi, mempertahankan kerusi DUN Melaka milik mutlak BN.