
BN Melaka cantas peluang Bersatu naik KM, batal kerjasama
Kemelut kerusi Ketua Menteri Melaka kini hampir sudah terjawab apabila Barisan Nasional (BN) Melaka membatalkan kerjasama dengan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bersatu Datuk Seri Mohd Rafiq Naizamohidee (Paya Rumput) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Teluk Mas).
Walaupun BN masih selamat dengan sokongan 15 Adun, termasuk Norhizam Hassan Baktee (Pengkalan Batu) dan Muhammad Jailani Khamis (Rembia) yang melompat daripada DAP dan PKR, membolehkan .BN terus kekal untuk membentuk kerajaan dengan majoriti satu kerusi.
Sebelum ini antara nama yang disebut-sebut akan memimpin Melaka adalah bekas timbalan menteri pembangunan usahawan itu.
Bagaimanapun, Rauf menjelaskan sehingga hari ini, mereka gagal bertemu dengan wakil Bersatu terbabit.
“(Ini) menyebabkan BN Melaka telah hilang kepercayaan untuk menjalankan kerjasama ini,” katanya.
Melaka bakal menyaksikan Ketua Menteri baru esok selepas Yang DIpertua Negeri Tun Dr Mohd Khalil Yaakob tidak menerima cadangan bekas Ketua Menteri Melaka untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri bagi membolehkan Plihanraya Negeri diadakan dalam usaha kerajaan PH mengembalikan mandat rakyat yang dirampas.
Untuk rekod, kerajaan PH tumbang minggu lalu susulan tindakan Bersatu meninggalkan gabungan itu dan kemelut politik yang dihadapi sehingga menyebabkan pertukaran jawatan perdana menteri.
Sementara itu, Rauf turut menambah bahawa gabungan terdahulu bersama 13 Adun dan Rafiq serta Noor Effandi tidak lagi berkuat kuasa serta-merta.
“Kita menghormati gabungan peringkat ini dan kita memaklumkan bahawa kami hanya memisahkan gabungan di antara dua Adun ini tanpa memisahkan gabungan dengan parti Bersatu.
“Oleh yang demikian, gabungan 13 Adun BN membentuk kerjasama dengan dua Adun yang lain akan membentuk satu majoriti 15 orang kepada Tuan Yang Dipertua dalam kadar segera,” katanya.