BN menang Parlimen Cameron Highlands

BN menang Parlimen Cameron Highlands

Strategi BN meletakkan calon keturunan Orang Asli dilihat berhasil apabila berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Cameron Highlands dengan majoriti 3,238 undi.

Calon BN, Ramli Mohd. Nor meraih 12, 038 undi manakala calon Pakatan Harapan (PH), M. Manogaran 8,800 undi.

Sementara itu, calon Bebas, Sallehudin Ab. Talib meraih 314 undi manakala Wong Seng Yee yang menggunakan lambang cangkul mendapat 276 undi.

Keputusan diumumkan Pegawai Pengurus PRK Cameron Highlands Datuk Ishak Md Napis di Pusat Penjumlahan Undi di SMK Sultan Ahmad Shah sebentar tadi.

Menurutnya, undi yang ditolak adalah sebanyak 568 undi manakala peratusan keluar mengundi adalah sebanyak 68.79 peratus.

Calon BN, Ramli Mohd. Nor menadah tangan bersyukur diumumkan menang PRK P. 078.