BN mendahului di dua PRK, Amanah dan Pas ketinggalan

BN mendahului di dua PRK, Amanah dan Pas ketinggalan

Keputusan tidak rasmi menunjukkan BN mendahului pencabarnya Amanah dan Pas di kedua-dua pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Sehingga jam 8.30 malam tadi, BN memperolehi 13,119 undi diikuti Amanah (6334) dan Pas (5778) di Sungai Besar manakala di Kuala Kangsar, BN unggul dengan 9435 undi berbanding Amanah (4434) dan Pas (3947).

Bagi pusat daerah mengundi (PDM) Sekinchan menyaksikan BN menang nipis dengan 115 undi majoriti.

Pas tercorot dengan hanya 54 undi manakala Amanah 685 undi.

Keputusan awal ini juga menunjukkan arah aliran pengundi Cina mula beralih kepada BN.

COMMENTS

Wordpress (0)