Malaysia Dateline

BN mendahului PH setakat jam 7 malam

Setakat 7 malam ini, BN mendahului kiraan dengan mendapat 10 202 undi manakala PH 9,361 undi.

Pola pengundian menyaksikan pusat mengundi Melayu di hampir semua saluran dikuasai BN.

Keputusan tidak rasmi juga setakat ini memperlihatkan trend pengundi muda yang beralih kepada BN.

Di saluran 9 pusat mengundi SK Kampung Sesapan Batu Minangkabau contohnya, BN mendapat 180 undi manakala PH hanya memperoleh 142 undi.

Seperti PRU-14 lalu, segmen pengundi Cina dilihat terus menyokong PH apabila terdapat jurang besar undi yang diterima calon PH berbanding BN.