BN, Pas akan umum calon PRK Sungai Besar Jumaat ini

BN, Pas akan umum calon PRK Sungai Besar Jumaat ini

Barisan Nasional (BN) akan mengumumkan calonnya bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar pada Jumaat ini, dan bukannya pada Sabtu seperti yang dimaklumkan sebelum ini.

Pengumuman calon itu akan dibuat serentak dengan pelancaran jentera BN di Command Centre BN PRK Sungai Besar di Pasir Panjang, Sungai Besar pada 8 malam, kata Setiausaha BN Selangor Datuk Johan Abdul Aziz dalam kenyataan malam ini.

Sementara itu, Pas turut menyatakan parti itu akan mengumumkan calonnya pada Jumaat ini.

Naib Presiden Pas Idris Ahmad berkata, calon PRK Sungai Besar akan diumumkan oleh Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Sungai besar sementara Timbalan Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man akan menguukan calon PRK Kuala Kangsar di Kuala Kangsar.

Kerusi Parlimen Sungai Besar adalah kerusi tradisi Pas dan parti itu tetap akan meletakkan wakil walaupun Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa rundingan berkaitan calon masih berjalan.

Manakala Amanah pula menyatakan pendirian parti itu untuk meletakkan calonnya.

Ramai menjangkakan akan berlaku pertandingan tiga penjuru berkemungkinan  membabtkan  BN, Pas dan PKR  atau BN, Pas dan Amanah  dan berkemungkinan juga  empat penjuru antara BN, Pas PKR dan Amanah di Parlimen Sungai Besar.

PRK Sungai Besar akan diadakan pada 18 Jun ini, manakala penamaan calon pada 5 Jun.

Pilihan raya kecil ini diadakan berikutan kematian  penyandangnya Allahyarham Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lalu.

 

TAGS