BN perlu bersihkan imej rasuah pemimpinnya, kata Abdul Hamid

BN perlu bersihkan imej rasuah pemimpinnya, kata Abdul Hamid

Bekas ketua hakim negara, Tun Abdul Hamid Mohamad menasihatkan pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) supaya tidak bongkak dengan kemenangan pada pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar Sabtu lepas.

Sebaliknya, beliau berkata Umno perlu berterima kasih kepada pengundi dan cuba meluaskan sokongan dengan membersihkan dirinya dari imej rasuah, lapor Utusan Malaysia.

“Apabila BN kembali kuat, pengundi bukan Melayu terutama masyarakat Cina akan membuat perhitungan untung-rugi semula dan keadaan ini mungkin akan mengubah pendirian mereka untuk mengundi BN semula kerana mereka takut rugi,” katanya.

Calon BN di kedua-dua kawasan Parlimen menang dengan majoriti lebih besar mengalahkan calon PAS dan Amanah.

Di Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid menang dengan majoriti 6,969 (dari 1,083 pada 2013), manakala di Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi menang dengan majoriti 9,191 (dari 399 pada 2013).

Sementara itu, Hamid turut menyelas Tun Dr Mahathir Mohamad kerana mendakwa bekas perdana menteri itu merosakkan integriti dan pencapaian beliau dengan menyokong pembangkang pada PRK ini.

“Janganlah menyusahkan orang untuk terus menghormati beliau.

“Lebih baik Dr Mahathir berehat supaya orang boleh terus menghormatinya,” katanya seperti di petik oleh FMT hari ini.

COMMENTS

Wordpress (0)