BN perlukan “magic” kekalkan K Kangsar  dan Sg Besar, kata tokoh wartawan

BN perlukan “magic” kekalkan K Kangsar dan Sg Besar, kata tokoh wartawan


 

 

 

 

 

Tokoh wartawan Datuk A Kadir Jasin meyakini Umno-BN akan memenangi dua kerusi Parlimen dalam Pilihanraya Kecil (PRK) yang akan diadakan sekiranya strategi "cash is king" Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Razak berlegar pada kempen calon Umno itu kelak.

Tokoh wartawan Datuk A Kadir Jasin meyakini Umno-BN akan memenangi dua kerusi Parlimen dalam Pilihanraya Kecil (PRK) yang akan diadakan sekiranya strategi “cash is king” Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Razak berlegar pada kempen calon Umno itu kelak.

“Jangan terkejut kalau Pahlawan Bugis yang terkenal dengan strategi “cash is king” berjaya mengekalkan kedua-dua kerusi itu,” ujarnya di dalam entri terbarunya semalam.

Kadi berkata, setelah Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem memberikan kemenangan kepada BN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, Mohd Najib terpaksa buktikan yang beliau masih ada “magic” untuk mengekalkan dua kerusi Parlimen di Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

“Adakah sungai wang masih mengalir bagi membolehkan beliau meneruskan strategi duit itu raja?

” Kita tahu kewangan negara sempit sehingga berlaku pemotongan teruk di sana sini sementara tabung politik tersekat kerana duit “derma Arab” sudah dipulangkan dan banyak akaun luar negara berkaitan ibu duit 1MDB telah dibekukan.

“Berpandukan PRN Sarawak, sungai wang nampaknya masih mengalir dan strategi “cash is king” masih laku di kalangan pengundi luar bandar dan orang miskin.” ujarya di dalam entri tersebut.

Dalam PRU13 Parlimen Sungai Besar, daripada 36,991 undi penyandangnya Allahyarhamah Noriah Kasnon memperoleh majoriti 399 sahaja. BN ditentang oleh PR-Pas.

Manakala di Kuala Kangsar, penyandang Allah yarham Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad mendapat majoriti 1,082 daripada 27,801 undi dalam pertandingan tiga penjuru dengan PR-PAS dan bebas.

Justeru soalnya  lagi, penyaluran “dana” tiga penjuru di kalangan Mohd Najib, Abdul Hadi Awang dan Harun Din akan menyebabkan Pas kemungkinan tidak bertanding.

“Kalau (Datuk Seri) Abdul Hadi Awang mempunyai cengkaman kuku besi ke atas Pas seperti Mohd Najib ke atas Umno, Pas bukan sahaja tidak bertanding malah mungkin menyokong BN.

“Akan tetapi kalau pemimpin Pas seperti Timbalan Presiden, Tuan Ibrahim Tuan Man, juga ada kuasa maka Abdul Hadi dan Harun, mungkin dipaksa tidak memberi laluan mudah kepada BN.

“Setelah berpecah menjadi dua dan ditolak oleh pengundi Sarawak, Pas terpaksa membuktikan yang ia masih ada ‘oomph’ di Semenanjung.” telahan beliau.

Dalam situasi di mana BN berlawan dengan Pakatan Harapan (PH) harapan BN ujarnya lagi, lebih cerah kecuali Amanah, DAP,PKR betul-betul bersatu padu dan tidak memanjangkan pertelingkahan ketika PRN Sarawak.

“Tetapi kalau berlaku pertandingan tiga penjuru di kalangan BN, PAS dan Pakatan Harapan, harapan BN  untuk menang lagi besar.

“Sejarah memihak kepada BN dalam PRK kerana ia boleh menumpukan segala jentera, tenaga manusia dan wang di satu tempat. Dalam konteks sekarang di dua tempat.

“Contohnya ketika isu 1MDB mula panas dan ekonomi mula menurun, BN berjaya merampas kerusi Parlimen Teluk Intan daripada DAP dalam PRK tahun 2014. Dalam PRU 2013 DAP menang dengan majoriti 7,313 tetapi dalam PRK 2014 BN menang dengan majoriti 283.

“Taburan dedak dan janji projek menyebabkan pengundi mabuk.

“Tetapi imej Mohd Najib kini calar-balar akibat pelbagai skandal manakala Umno pula telah berubah daripada parti kebangsaan Melayu yang terangkum (untuk semua) kepada parti eksklusif untuk Mohd Najib dan konco-konconya saja.

Kesimpulannya, ujar Kadir lagi, sekalipun Mohd Najib masih boleh menggunakan wang, janji dan taktik tidak demokratik untuk menang, namun cabarannya lebih besar daripada PRU 2013.

“Tetapi beliau akan lakukan apa saja untuk menang kerana kekalahan mempunyai implikasi yang sangat buruk terhadap kelangsungan (survival) beliau.

“Kalau BN kalah di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, hatta penyokong tegar beliau pun akan berfikir dua kali sebelum meneruskan sokongan kepada beliau.” ujarnya.

TAGS