BN rampas Semenyih dengan majoriti 1,914 undi

BN rampas Semenyih dengan majoriti 1,914 undi

BN berjaya merampas Dun Semenyih dari PH dengan memperoleh majoriti 1,914 undi.

Laungan takbir sebanyak tiga kali menyambut pengumuman calon BN, Zakaria Hanafi yang mendapat 19,780 undi pada jam 9.20 malam tadi.

Sementara itu, calon PH Muhammad Aiman Zainali hanya mendapat 17,866 undi.

Calon PSM, Nik Aziz Afiq Abdul mendapat 847 undi manakala calon Bebas, Uncle Kentang memperoleh 725 undi.

Sebanyak 650 undi ditolak dalam PRK kali keenam selepas PRU-14 tersebut.

Peratus keluar mengundi kali ini adalah 73.24 peratus dan merupakan rekod tertinggi berbanding lima PRK lain.

Selain laungan takbir, Dewan Seri Cempaka Majlis Perbandaran Kajang juga bergegar dengan teriakan “Hidup Rakyat”, “Hidup BN” dan “Bossku”.