BN Selangor gesa tiga Exco Pas nyatakan pendirian berkaitan pesta arak

BN Selangor gesa tiga Exco Pas nyatakan pendirian berkaitan pesta arak

Tiga Exco Pas di Selangor diminta menyatakan pendirian tegas mengenai penganjuran pesta arak di negeri itu.

Malah Kerajaan Negeri Selangor yang diterajui DAP dan PKR juga turut digesa agar akur dengan desakan ramai pihak yang tidak membenarkan penganjuran Pesta Arak  Better Beer Festival 2017 di negeri itu.

Timbalan Pengerusi BN Selangor Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan berkata, Pas di negeri itu harus melihat dengan jelas DAP beriya-iya mempertahankan pesta berkenaan untuk terus diadakan.

“Sedangkan Pas yang merupakan sekutu rapuh Pakatan Rakyat di Selangor ujarnya dalam kerajaan negeri terus ditekan dan Pas sendiri dilabel ‘mabuk’ apabila menyatakan pendirian membantah pesta berkenaan.

“Rakyat Selangor terus keliru dengan apa yang berlaku, sedangkan Pas melalui struktur pentadbiran kerajaan negeri mempunyai tiga wakil dalam Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco).

“Justeru, mengapa tiga Exco Pas ini tidak menyatakan pendirian keras dalam membantah pesta berkenaan dalam mesyuarat Exco dan memberi tekanan kepada Menteri Besar yang beragama Islam?” Soalnya dalam kenyataan.

Tiga exco Pas di Selangor (dari kiri) Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi, Datuk Iskandar Samad dan Zaidy Abdul Talib.

Tiga exco Pas di Selangor itu ialah Datuk Iskandar Abdul Samad (Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar);Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi (Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi) dan; Zaidy Abdul Talib (Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani).

Justeru, dalam mendepani isu yang membabitkan kesucian agama Islam serta sensitiviti umatnya di Selangor ini, Umno-BN ujar beliau lagi, mahu tindakan konkrit diambil oleh kerajaan negeri yang diberi mandat oleh rakyat.

“Kami tidak membantah keperluan dan hak rakan bukan Islam untuk mengambil minuman beralkohol namun apa yang dikesali adalah, mengapa ia perlu dianjurkan secara ‘pesta’ dan diberi liputan meluas seolah-olah tidak menghormati agama Islam yang diiktiraf sebagai agama negeri dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor.

“Jangan berterusan mengusik sensitiviti Umat Islam di negeri ini kerana pendirian kami jelas bahawa sebarang tindakan yang cuba menyentuh syiar Islam perlu dihentikan tidak kira apa jua pegangan politik.

“Jika mahu minum dan menganjurkan pesta seumpamanya, adakan di lokasi tertutup dan tidak perlu diangkat menjadi satu pesta yang pasti akan menjurus kepada perlakuan maksiat dan masalah sosial yang lain.

Mat Nadzari yang jua Timbalan Pengerusi Umno Selangor itu berkata jika kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun menjelaskan Bukit Aman ada menerima maklumat risikan yang terdapat ancaman keselamatan terhadap pesta berkenaan, seharusnya tiada pihak yang menyokong pesta berkenaan.

“Jadi, mengapa penganjur pesta berkenaan terus mendapat sokongan kerajaan negeri?,” soalnya lagi.

Sebagai rekod Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun menegaskan polis tidak akan membenarkan penganjuran Better Beer Festival 2017 termasuk Centro Mall German Food & Be­verages Festival ekoran wujudnya ancaman militan berkaitan dengan acara tersebut.

Bagaimapaun kerajaan negeri di bawah kepimpinan Datuk Seri Mohd Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden PKR dalam kenyataannya dipetik berkata, penganjuran pesta arak bukanlah satu isu di Selangor dengan alasan sebelum ini kerajaan negeri pernah memberi kelulusan kepada penganjurannya,

7.0
OVERALL SCORE
: 7.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS