BN Selangor kekalkan 11 penyandang dan calon kitar semula

(dua dari kanan) Calon BN di Parlimen Shah Alam Azhari Shaari .

Barisan Nasional (BN) masih mengekalkan penyandang bagi  10 kerusi  Dewan Undangan Negeri (Dun)  dan mengkitar semula  tujuh bekas wakil rakyat yang pernah digugurkan pada  pilihan raya  dua penggal lalu untuk bertanding semula  pada Pilihan Raya Umum ke-14 kali ini.

Sebanyak 22 kerusi Parlimen dan 56 kerusi Dewan Undangan Negeri di Negeri Selangor akan berlaku pertandingan tiga penjuru antara BN, Pakatan Harapan dan Pas pada PRU14.

BN Selangor masih mengekalkan penyandang kerusi Parlimen Kuala Selangor Dr Irmohizam Ibrahim untuk menentang calon AMANAH Dr Dzulkefly Ahmad dan calon Pas pada PRU14 kali ini.

Sebanyak empat lagi kerusi Parlimen BN meletakkan calon baharu iaitu bagi kerusi Parlimen Hulu Langat dicalonkan Azman Ahmad,58 seorang bekas pengurus sebuah cawangan bank yang akan berhadapan dengan Naib Presiden AMANAH Hasanuddin Mohd Yunus,62 tahun.

Bagi kerusi Shah Alam BN mempertaruhkan Azhari Shaari,48 seorang ahli perniagaan yang akan menentang Pengarah Komunikasi AMANAH Khaled Samad.

(dua dari kanan) Calon BN bagi Parlimen Kota Raja Gunalan Vellu menerima watikah daripada Tan Sri Noh Omar.

Presiden AMANAH Mohamad Sabu yang dicalonkan bagi kerusi Parlimen Kota Raja akan bertemu dengan calon dari MIC V Gunalan, Vellu,45,  seorang ahli perniagaan dan Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat MIC.

Dan bagi kerusi yang ditandingi Pengarah Kanun AMANAH Mohamed Hanipa Maidin dijangka akan bertemu dengan Marsum Paing,63 seorang usahawan.

BN Selangor turut mencalonkan muka baru bekas Ahli Dewan Negara Datuk Megat Zulkarnain Omar Din di Dun Gombak Setia.

Pengerusi BN Selangor Tan Sri Noh Omar  yang mengekalkan kerusinya di Parlimen Tanjong Karang berkata, bagi PRU14 kali ini BN Selangor menyenaraikan semula tujuh bekas wakil rakyat  yang pernah digugurkan pada PRU13 lalu dicalonkan semula pada PRU14.

“Ada di antara mereka dulu tidak kalah pada PRU12 tetapi mereka tidak dicalonkan semula pada PRU13. Bagaimanapun mereka tetap meneruskan kerja mereka dilapangan dalam tempoh lima tahun ini kerana kita sudah melantik mereka sebagai koordinator dan penyelaras di Parlimen.

“Mohamad Satim Diman dulu digugurkan kali ini kita pilih beliau semula bagi kerusi negeri di Seri Serdang.

“Manakala daripada 12 penyandang pada PRU13 Allahyarham Kamarul Zaki di Dun Sungai Air Tawar dan seorang lagi digugurkan Dr Amir Shaharuddin penyandang Dun Jeram  yang  diganti dengan Zahar Azlan Ariffin seorang guru.

“Kerusi Jeram telah disandang Dr Amir selama tiga penggal jadi kita mahu menonjolkan muka baru tetap beliau telah lama dalam politik di peringkat akar umbi,” ujarnya dalam sidang media diadakan selepas pengumuman dan penyerahan watikah kepada calon-calon bagi kerusi Parlimen dan Dun BN pada PRU14 kali ini.

 

5.3
OVERALL SCORE
: 10.0
2 user votes x 3.0