BN sendiri buktikan rakyat Johor terbeban dengan ekonomi Najib

BN sendiri buktikan rakyat Johor terbeban dengan ekonomi Najib

Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Salahuddin Haji Ayub berkata, tindak tanduk Barisan Nasioanal (BN) Johor kebelakangan ini membuktikan bahawa rakyat terbeban dengan ekonomi di bawah pentadbiran Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Najib Razak.

Kata beliau, kebelakangan ini semakin kerap BN Johor menjalankan program jualan barangan harian kepada rakyat di negeri Johor menjelang pilihan raya.

Antaranya ujar beliau, dengan menjual barangan 30 peratus lebih murah daripada harga pasaran.

Terkini katanya, program anjuran Ahli Parlimen Tanjung Piai bersama Wanita Umno dan khabarnya ribuan yang hadir ke program jualan murah barangan makanan tersebut.

“Saya cukup hairan apabila Umno-BN negeri Johor cukup berbangga dengan ribuan ramai rakyat yang hadir untuk mendapatkan barangan harian seperti tepung, beras, gula, minyak dan makanan harian lain yang mana lebih murah daripada pasaran.

“Saya kebingungan siapa sebenarnya kerajaan dan siapa yang pembangkang?

“Tindakan mereka sebenarnya secara tidak langsung melawan ‘boss’ mereka sendiri dan seolah-olah mahu memberi mesej bahawa Umno-BN Johor juga tidak bersetuju dengan pengurusan ekonomi di bawah Datuk Seri Najib Razak yang telah menyebabkan kos sara hidup rakyat meningkat,” kata beliau dalam kenyataan medianya semalam.

Jelas Salahuddin, beban rakyat bertambah dan pada masa yang sama pendapatan rakyat tidak berkembang selari dengan keperluan rakyat.

Tambahnya, Pakatan Harapan (PH) sudah lama menjalankan aktiviti sedemikian untuk rakyat Johor kerana kami tiada kuasa untuk menurunkan hagra barang.

Tidak seperti Umno-BN yang kini berkuasa sama ada di peringkat pusat mahupun negeri. Namun, atas dasar kesedaran untuk membela kebajikan rakyat Johor, kami usahakan juga dengan dana yang kami ada, kata beliau.

Jelasnya lagi, sejak Najib Razak menjadi PM, beliau telah menjalankan dasar Rasionalisasi Subsidi yang menatijahkan pelbagai subsidi rakyat telah ditarik balik.

“Antaranya ialah subsidi minyak, gula, tepung dan sebagainya. Malah, Presiden Umno itu juga telah melaksanakan Akta GST yang telah menambah beban rakyat sehingga menyembah bumi.

“Negara Malaysia hari ini tidak lagi dipimpin oleh mereka yang berjiwa rakyat. Mereka urus ekonomi demi tembolok mereka. Mereka mencuri wang rakyat, mereka mencuri rumah rakyat johor, mereka ikat perut rakyat dengan gaji rendah dan barang yang mahal.

“Adakah Umno-BN negeri Johor tidak sedar akan masalah ini? Sehingga sanggup bersengkongkol dengan pencuri wang jutaan rakyat demi tembolok sendiri?

“Sanggup berdiam diri walau exconya sendiri mencuri rumah rakyat Johor? Sanggup membiarkan rakyat terbeban dengan ekonomi Najib?” soal beliau.

Salahuddin selanjutnya berkata, beliau yakin dan percaya, rakyat negeri Johor bijak dan akan membuat keputusan yang tepat demi masa kini dan masa hadapan rakyat negeri Johor dan Malaysia yang lebih baik.

6.0
OVERALL SCORE
: 6.0
Have no any user vote