BN tak boleh menang percuma di Kedah

Oleh ARIF ATAN

Kesemua 15 kerusi Parlimen di Kedah harus menjadi milik Pakatan Harapan (PH) menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-15 pada 19 November ini.

Malah kata Pengerusi PH Kedah, Datuk Wira Mahfuz Omar, Barisan Nasional (BN) tidak boleh dibiarkan menang dengan percuma dalam PRU kali ini.

“Rakyat tidak boeh mengizinkan penjahat untuk terus kekal berkuasa kerana mereka boleh menghancurkan masa depan negara serta juga anak cucu kita seandainya dibiarkan berkuasa.

” Demi masa depan merekalah maka kta mesti bersungguh-sungguh tekun dan rajin dengan menentukan masa depan melalui langkah perubahan pada PRU November ini.

” Peluang ada dihadapan untuk kuasa rakyat dikembalikan. Jangan sia-siakan peluang ini dan pastikan PRU kali ini untuk mencorakkan masa depan negara serta juga masa depan generasi yang akan datang,” ujar Mahfuz ketika pengumuman calon PH negeri Kedah di Merbok malam tadi.

Beliau turut menyeru supaya hari penamaan calon pada 5 November nanti dimerahkan dengan warna merah oleh semua penyokong PH sebagai bukti sokongan kepada PH.