BN telah gunakan universiti untuk bantu kempen

Naib Canselor UMP (berdiri di belakang Naiib) dalam siri kempen BN.

Perlbagai cara dan media telah digunakan oleh calon-calon pilihanraya untuk berkempen sepanjang pilihanraya ke 14 yang lalu.

Bagi bekas Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh telah menggunakan pimpinan institusi pengajian tinggi sebagai jentera beliau.

Bekas perdana menteri Datuk seri Najib Tun Razak juga menggunakan Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang (UMP) Datuk Seri Prof. Daing Nasir Ibrahim dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajarnya Prof. Datuk Yuserrie Zainuddin sebagai sebahagian jenteranya di Pekan.

Mereka bukan sahaja menjadi penceramah dan perayu undi Barisan Nasional tetapi juga menjalankan beberapa projek yang menggunakan dana universiti sebagai umpan untuk memancing undi untuk BN di Pekan Pahang.

TNC UMK bersama kempen Datuk Mustapha.

Ketika mereka berkempen, tenaga pengajar yang didapati cenderong kepada Pakatan Harapan (PH) dipetisejukkan walaupun tidak terlibat dengan kempen.

Di Universiti Malaysia Kelantan, bukan saja Naib Canselornya berkempen bahkan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP) UMK juga berkempen.

Profesor Zaliman Sauli didakwa turut berkempen untuk BN khasnya Datuk Seri Mutspha Mohamad dan memaksa pelajar untuk turut serta.