BN Terengganu ada dua pilihan, MB undur atau pilihan raya semula

BN Terengganu ada dua pilihan, MB undur atau pilihan raya semula

Barisan Nasional (BN) Terengganu kini mempunyai dua pilihan sahaja bagi menyelesaikan kemelut yang ada iaitu menteri besar Ahmad Razif Abdul Rahman berundur dengan digantikan oleh MB lain atau pilihan raya negeri semula.

Barisan Nasional (BN) Terengganu kini mempunyai dua pilihan sahaja bagi menyelesaikan kemelut yang ada iaitu menteri besar Ahmad Razif Abdul Rahman berundur dengan digantikan oleh MB lain atau pilihan raya negeri semula.

Desas desus kini bertiup kencang di Terengganu kononnya menteri besar Ahmad Razif Abdul Rahman akan berundur untuk membolehkan krisis yang ada di negeri itu selesai.

Ini berikutan dari ugutan bekas MB, Datuk Seri Ahmad Said, jika beliau terpaksa keluar dari Umno, menteri besar yang ada juga perlu turun.

Namun begitu, Razif bertegas beliau tidak akan berundur. Beliau menyalahkan Ahmad Said dengan apa yang berlaku di Terengganu sekarang ekoran kerajaan pimpinan beliau menang dengan hanya majoriti tipis dalam pilihan raya umum 2013 lalu.

Dalam mesyuarat Selasa lalu, Umno Terengganu telah membincangkan secara mendalam kemungkinan adanya pilihan raya negeri segera bagi menyelesaikan masalah ini.

Mesyuarat itu bersetuju, cara terbaik menyelesaikan isu ini adalah dengan pilihan raya semula.

Mereka dikatakan lebih bersedia ke arah itu kerana peluang menang lebih besar untuk BN ekoran perpecahan dalam Pas yang melahirkan Amanah dan hubungan tidak baik antara Pas dengan PKR di Terengganu.

Ekoran itu, Razif membuat satu kenyataan media secara bertulis bagi menerangkan hal itu dan meletakkan segala kesalahan kepada krisis yang ada itu di bahu Ahmad Said.

“Apakah punca sebenar Umno negeri Terengganu atau Kerajaan Barisan Nasional Terengganu dilihat sentiasa berada dalam keadaan ‘tidak menentu dan tidak beryakinan’.

“Puncanya ialah kita kalah teruk pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 lalu. Daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) pada PRU Ke-12 yang diwarisi kepimpinan terdahulu tinggal 17 kerusi sahaja pada PRU Ke-13. Inilah realiti yang perlu diterima ahli-ahli serta pemimpin Umno dan rakyat.

“Inilah ibu kepada segala permasalahan dan ketidakstabilan yang sedang melanda politik dan pertabiran Kerajaan Negeri Terengganu. Apabila sudah tidak kuat kita akan terdedah dengan pelbagai ancaman ‘dalam dan luar’.

“Kita diugut, kita dipaksa dan kita di pengaruhi. Saya bukan ‘superman atau memiliki lampu ajaib’ yang boleh membuat sesuatu menjadi lebih cepat dan sempurna dengan sekelip mata,” kata Razif dalam kenyataan itu.

Namun semua pilihan itu akan ditentukan berasaskan apa yang akan berlaku dalam sidang Dun Terengganu 8 Ogos ini.

Ketika bercakap kepada satu perhimpunan Umno di Kemaman Sabtu lepas, Ahmad Said berkata, jika dia terpaksa pergi, menteri besar yang ada juga perlu berundur.

Ini kerana, dengan bilangan ketusi 17 : 15 antara BN dan pembangkang dalam Dun Terengganu, keluarnya Ahmad bermakna Dun Terengganu akan tergantung dengan bilangan Adun 15:15.

“Bayangkan jika saya keluar parti sekarang. Dalam masa 24 jam, dia (Razif) tidak akan menjadi MB lagi. Adakah dia sedar hal ini? Saya telah memerhati dan berdiam diri sejak dua tahun lalu. Sekarang semua boleh lihat apa yang berlaku dan siapa dia,” katanya sebagaimana dipetik dari The Star Online yang menghubungi beliau selepas itu.

Pas yang mempunyai 14 Adun dalam Dun Terengganu dikatakan lebih bersedia untuk pilihan raya semula berbanding dengan menyokong kerajaan BN yang ada bagi mengekalkan kedudukannya.

Ekoran itu, jentera Pas dikatakan sudah mula digerakkan ke arah pilihan raya semula di Terengganu.

Hasbie Muda, Ketua Pemuda Amanah Terengganu.Dalam Ijtima Pilihan Pas Terengganu di Rusila, Marang baru-baru ini, Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, pihaknya akan memberikan tumpuan kepada 20 kerusi Dun untuk membolehkan mereka merampas semula Terengganu.

Amanah pula mengaku agak sukar untuk menjatuhkan Umno dalam pilihan raya semula nanti.

Ketua Pemuda Amanah Terengganu, Hasbie Muda berkata, “keadaan mungkin sukar buat pembangkang memandangkan Pas sendiri seolah-olah tiada “political will” untuk menggantikan Umno sebagai kerajaan.”

Namun, katanya, Pemuda Amanah Terengganu bersedia untuk berunding dengan semua pihak, khususnya kelompok-kelompok anak muda, asalkan sahaja Umno ujarnya, tidak kembali menjadi kerajaan yang akan mentadbir Terengganu kelak.

TAGS