Bob Lokman perlu bantuan kewangan ringankan beban rawatan

Bob Lokman perlu bantuan kewangan ringankan beban rawatan

Bekas pelakon dan penulis lirik Bob Lokman, kini merayu bantuan bagi membantu meringankan beban rawataninya yang kini dimasukkan ke Hosputal UITM Sungai Buloh sejak Rabu lalu.

Bob Lokman,54, atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman sebelum ini pernah dimasukkan ke hospital sama pada Januari lalu.

Sejak tidak aktif berlakon dan menulis lagu beliau aktif sejak tujuh tahun lalu, Bob Lokman mengundur diri daripada sebarang aktiviti seni dan aktif sebagai ahli Pas.

Kini, beliau sudah tidak mampu untuk memberikan ceramah agama kerana penyakit yang dihidapinya.

Bob  pernah dikejarkan ke Hospital Taiping, Perak selepas mengadu mengalami sesak nafas pada 6 Disember 2013 ketika sedang makan durian.

Dua bulan kemudian, beliau sekali lagi dikejarkan ke hospital di Sungai Buloh, Selangor selepas mengalami masalah yang sama.

Bob popular menerusi lagu Isabella yang ditulisnya untuk kumpulan Search sekitar tahun 1989.

Selain itu, Bob juga pernah menulis lirik untuk lagu popular seperti Taman Rashidah Utama (Wings), Warisan Wanita Terakhir (Teahcer’s Pet) dan Kasih (Ella).

Sesiapa yang ikhlas untuk membantu mengurangkan beban rawatannya boleh memasukan sumbangan ke akaun isterinya.
Relawati Daud (Public Bank) dengan no akaun: 4416206406

COMMENTS

Wordpress (0)