Bola: Penyokong setia Perak meninggal dunia kemalangan

Bola: Penyokong setia Perak meninggal dunia kemalangan

 

Di saat seluruh rakyat Perak bergembira meraikan kejayaan pasukan Perak The Bos Gaurus mengalahkan Johor Darul Takzim (JDT), dikejutkan satu berita duka kehilangan seorang penyokong setia.

Mohd Faris Nurazman Amrullah, 22, meninggal dunia dalam satu kemalangan berdekatan susur masuk Plaza Tol Lembah Beringin di sini, 2.00 pagi semalam ketika perjalanan pulang ke daripada Stadium Ipoh.

“Pemuda Amanah Negeri Perak merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Mohd Faris. Semoga seluruh ahli keluarga bersedih dengan pemergian insan yang tersayang,” kata ketuanya, Hasnul Zulkarnain.

Mohd Faris datang daripada jauh dengan satu matlamat iaitu memberi sokongan kepada pasukan kesayangannya.

Ini adalah satu bukti semangat dan kebersamaannya dengan pasukan biarpun terpaksa melalui perjalanan jauh daripada tempat tinggalnya, katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Hasnul, Kesetiaan Allahyarham dalam memberikan sokongan kepada Skuad Seladang wajar dijadikan contoh kepada kita semua.

Penyokong seperti Mohd Faris sangat berharga buat Perak, hiharap para pemain dapat mengambil semangat yang ditunjukkan Allahyarham.

“Kami serta seluruh penyokong Perak The Bos Gaurus bersedih dengan kehilangan Allahyarham, semoga Mohd Faris ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman,” katanya.

TAGS