“Boleh beli rumah sebiji!”, Cik B mengaku habiskan RM300,000 sebulan untuk ‘shopping’

Oleh WAN SITI AMINAH

Anak kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Vida iaitu Cik B kembali menjadi sorotan ramai selepas membuat pendedahan tentang perbelanjaan bulannya, baru-baru ini.

Menerusi segmen ‘Pasang Badan’ yang disiarkan di akaun TikTok milik penyampai radio iaitu Radin, Cik B mengakui berbelanja sekitar RM300,000 setiap bulan khusus untuk membeli-belah.

Lebih mengejutkan, gadis berusia 19 tahun itu turut memaklumkan bahawa dirinya kini sudah tidak memerlukan kebenaran daripada Datuk Vida untuk membeli-belah dalam nilai sebanyak itu.

“Bukan nak riak tetapi sebulan RM300,000 (berbelanja untuk membeli-belah). Dulu ada minta kebenaran Mama. Tetapi sekarang sudah tak minta,” kata gadis terbabit menjawab soalan Radin.

Dalam rakaman berdurasi tujuh minit 59 saat itu, Cik B turut mendedahkan nilai atau harga untuk setiap pakaian dan barangan digayakan oleh gadis berkenaan ketika ditemu bual.

@radinamiraffendy

PASANG BADAN X @cikb_havoc66 !! Idea asal: @DJ Nazz Video: @zarul zulkifli Editor: @fareeznasir #cikb #cikbhavoc #pasangbadan #kubilangjangandinjangan #takhensemtapimanisnyaada #skibidi

♬ original sound – RAA – RAA

Keseluruhan pakaian dan barangan tersebut difahamkan bernilai lebih RM100,000 di mana Cik B didapati lebih gemar memakai jenama mewah yang dibelinya daripada luar negara.

“Cermin mata hitam saya beli di Milan, Itali dalam harga RM5,000 lebih. Cincin satu set dalam RM2,000. Jam ini saya selalu pakai sebab sepadan dengan banyak baju, dari jenama Omega dan harganya RM90,000.

“Baju ini biasa sahaja harganya RM900 manakala bahagian dalam pula saya pakai dari jenama Al Hilal dalam harga RM600. Seluar pula kawan saya yang buatkan dan berharga RM900.

“Kasut Balenciaga RM7,000. Beg pula dari jenama Louis Vuitton berharga RM12,000 yang Mama berikan manakala dompet Balenciaga saya bernilai RM1,000 lebih,” katanya dalam rakaman itu.

Baca juga: Suami kantoi buat ‘live’ konon tolong ‘TikToker’ jual barang, wanita nekad nak saman RM64k