Biasanya tasbih digunakan selepas solat, bukan sekadar fizikal malah sekarang ada terjual versi digital dan lebih senang digunakan.
Tapi biasanya bagi mereka yang ke Makkah, pastinya akan membawa pulang tasbih sebagai cenderamata buat keluarga.
Namun lain pula kejadian buat ibu kepada wanita yang memuat naik video di TikTok, tasbih tersebut terlihat terlalu panjang.
Menerusi akaun @syierah_azman dia merakam kepanjangan tasbih dari kedudukannya hinggalah ibu yang berada bertentangan dengannya.
“Beli kat Makkah, buka dekat rumah baru tahu salah beli,” ujarnya dalam ruangan kapsyen.
Rata-rata warganet terhibur melihat tasbih tersebut malah ada yang bergurau tasbih ini boleh dikongsi ramai orang dalam satu masa.
“Boleh kongsi satu saf.
“Tergelak saya. Awat (kenapa) panjang sangt, genap seribu ke ni.
“Ini klau bawa pergi masjid, mesti terkejut pak imam.
“Bukan akak sahaja tergelak, saya setiap kali tengok tasbih mesti tergelak juga. Adoi,” antara komen pengguna TikTok.
Di ruangan komen, ada pengguna memaklumkan tasbih tersebut digunakan untuk merawat pesakit.
“Tasbih ini biasa orang guna untuk merawat pesakit,” komen ini turut dipersetujui pemilik video.
Selepas ini sebelum beli kena buka dulu untuk pastikan betul atau tidak barang yang kita mahukan itu.
Baca juga: Najib tiba-tiba prihatin harga ‘Mekdi’ naik, minta pantau harga sebab 6 tahun lepas murah