Malaysia Dateline

Boleh makan di kedai, terhad 2 orang satu meja, tetapi ramai yang tidak setuju

Mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) semalam memutuskan orang ramai boleh makan di restoran tetapi terhad kepada dua orang satu meja sahaja, kata Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Selain itu, MKN juga memutuskan bahawa sektor peruncitan, yang meliputi pakaian, fesyen, aksesori, dan kedai kasut dapat dibuka mulai esok.

Poll yang dibuat di kalangan pengguna Instagram.

Sementara itu, dalam satu undian segera (poll) yang digerakkan orang ramai menerusi Instagram susulan pengumuman tersebut, rata-rata dari mereka menganggap Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak patut dilaksanakan lagi.

“Terkini PKP 2.0: Semua perniagaan peruncitan dibenarkan beroperasi & pelanggan boleh makan di restoran 2 orang 1 meja. Apa pandangan rakyat?,” tulis poll berkenaan.

53 peratus mengundi tidak setuju terhadap pengumuman tersebut dan menganggap ianya keputusan tidak masuk akal, selain berpendapat adalah lebih baik kerajaan membatalkan PKP 2.0

Manakala 35 peratus bersetuju dengan keputusan tersebut dan ianya keputusan terbaik.

24 peratus undian meminta kerajaan melaksanakan ‘total lockdown’ dan tiga peratus lagi menyatakan sebab yang lain-lain.