Malaysia Dateline

“Boleh tak nak pulangkan semula suami pada mak dia?”-Isteri penat rasa diperguna walhal gaji sama banyak

Seorang isteri meminta pendapat daripada warga maya boleh atau tidak beliau pulangkan semula suami kepada maknya kerana merasakan dirinya sudah diperguna oleh si suami.

Melalui luahan si isteri itu kedua-dua pasangan ini memperoleh gaji yang sama banyak setiap bulan sedangkan si isteri lebih banyak mengeluarkan perbelanjaan untuk ahli keluarga.

“Boleh tak kalau saya nak pulangkan semula suami saya kat mak dia?

“Saya dah letih menabur bakti untuk anak dan suami saya…saya rasa macam diperguanakan…gaji kami berdua sama,” kata si isteri.

Si isteri turut mendedahkan gajinya sebanyak RM6115.14 yang diterim setiap bulan dan gaji ini juga hampir sama dengan gaji yang diterima si suami.

"Boleh tak nak pulangkan semula suami pada mak dia?"-Isteri penat rasa diperguna walhal gaji sama banyak

Namun si isteri mengeluh jumlah yang dibayarnya setiap bulan iaitu yuran bagi tiga orang anak sebanyak RM755, bahan basah RM300, dua biji kereta RM2000, kutu (roadtax) RM200, dan loan rumah (isteri) RM350.

Namun perbelanjaan ini tidak termasuk makan minum anak-anak setiap hari yang akan dikeluarkan si isteri jika tidak sempat masak dan makan di luar.

“Macam jadi tanggungjawab saya pula bab-bab makan anak-anak. Baju anak-anak juga duit saya.

“Kadang-kadang nak berjalan hotel, minyak semua pun duit saya, ada juga duit suami tapi lebihnya dari saya…suami tak pernah lagi ajak berjalan dan dia sponsor semua tak pernah,” ujarnya.

Si isteri juga menggunakan duit lebihan daripada perbelanjaan untuk membayar hutang kad kredit apabila berbelanja di mall dan minyak kereta ulang alik dari kerja.

Itupun katanya duitnya tidak diberi kepada ibunya kerana menerima pencen ayahnya.

“Suami bagi nafkah RM500 pada saya itu pun kadang-kadang saya beri balik RM100 atau RM200 bila dia dah kering.

“Saya tak faham kenapa suami saya selalu cakap tak cukup duit…gaji sama..sudahnya mesti RM saya juga macam lebih dari dia.

“Suami bayar loan RM600, rumah RM1500, ibunya RM500, bayar yuran anak ke-2 RM400,” kata beliau.

Ekoran perkongsian ini salah seorang pengguna Facebook Azizul Azli Ahmad rata-rata warganet memberi respons ‘boleh’.

“Hantar. Silakan. Saya memang menyokong tindakan puan tersebut,” komen Aminah Jaffar.

“Sudah biasa kena bantu oleh isteri jadi manjalah dia… Hantar balik sajalah,” komen Salama Musa.

Namun menurut Ahmad Tarmizi Najmi sebelum pulangkan suami kepada maknya hendaklah terlebih dahulu pulang balik perbelanjaan yang diikeluarkan si isteri pada suaminya.

“Kalau gaji suami tak cukup untuk tampung semua tu, baru bantu atau restructure mana yang boleh.

“Lelaki ni tak boleh dibiarkan duit dia ada banyak sangat lebihan. Nanti macam-macam benda tak perlu dibuatnya. Tukar sport rim lah, modify kereta lah. Tapi kalau dah tunai semua nafkah then ada lebihan duit, takpalah.

“Kalau saya, saya yang tanggung semua. Isteri hanya keluar duit bila dia nak bantu. Maksudnya saya tak bagi isteri keluar duit pada perbelanjaan yang tetap. Yang tetap semua atas bahu saya. Walaupun gaji saya tak besar macam dalam posting ni, setakat ni masih di bawah 4k,” katanya.

Baca juga: Hargai semangat dan bantuan diberi isteri, lelaki ini berjubah konvo di pusara

Baca juga: Kambing ni buat gaya ala diva, netizen geli hati binatang pun boleh ‘sombong’