Boleh tanya apa sahaja di majlis makan malam perdana Amanah Serdang

Boleh tanya apa sahaja di majlis makan malam perdana Amanah Serdang

Sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum, Amanah Kawasan Serdang bakal mengadakan majlis makan malam perdana bagi mengumpul dana pilihan raya.

Menurut setiausaha program Rosaini Othman, majlis makan malam itu dijadual berlangsung 9 April ini bertempat di Bangi Golf Resort, Bandar Baru Bangi.

Program yang bermula jam 7.45 malam itu, katanya akan dihadiri para pemimpin utama Amanah antaranya Timbalan Presiden Salahuddin Ayub, Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad dan Pengarah Pilihan Raya Amanah Nasional Dr Hatta Ramli.

Dr Hatta juga akan menjadi moderator program Santai Bersama Pemimpin pada malam itu yang turut memberi peluang kepada hadirin berdialog dengan para pemimpin Amanah dan Pakatan Harapan yang hadir.

Hadirin juga akan dihiburkan oleh kumpulan nasyid Damai sepanjang program makan malam berlangsung.

Rosaini yang juga Pengarah Komunikasi Awan Selangor berkata, tiket-tiket berharga RM150 masih dijual untuk orang ramai.

Mereka yang berhasrat menghadiri majlis makan malam ini boleh menghubungi no. 019-6626530 atau 019-3607768.

Pembayaran boleh dibuat menerusi akaun BIMB atas nama PARTI AMANAH NEGARA KAWASAN SERDANG no. 1202 9010 0788 44.

Bukti pembayaran dan nama boleh dihantar ke no. 013-2507758 (Syazreen).

“Besar harapan kami tuan-tuan dan puan-puan sudi menyumbang dengan membeli tiket-tiket majlis makan malam perdana ini,” kata Rosaini.

TAGS