Bolehkah guru sertai DAP, soal Kit Siang kepada KSN

Mohd Ali Hamsa

Sikap tidak kisah Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Ali Hamsa terhadap pelawaan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang menyeru agar guru menyertai Umno dalam acara sekolah amat mengejutkan.

Ketiak ditanya wartawan FMT berhubung tindakan Adnan itu, Ali dilapor menjawab ringkas, “Saya tiada masalah dalam hal itu.”

Jawapan Ali itu disambut Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang yang ingin tahu sama ada beliau juga membenarkan guru-guru menyertai DAP dan parti komponen Pakatan Harapan (PH)?

“Jika tidak, bolehkah KSN ke-13 itu menunjuk bahagian mana Perintah Am (perkhidmatan awam) yang menyatakan bahawa guru boleh menyertai Umno tetapi bukan DAP atau parti komponen PH yang lain?

“Berikan pencerahan, kerana Menteri Pelajaran, Datuk Seri Mahdzir Khalid pada bulan Mac pernah berkata bahawa guru yang menyokong pembangkang dan mengkritik kerajaan harus meninggalkan kerjaya itu?” katanya dalam satu kenyataan media.

Tengku Adnan dalam ucapan majlis penutup Hari Kemerdekaan di Sekolah Rendah Putrajaya Presint 14 (1) pada Selasa menggesa guru untuk menyertai Umno.

Selain ucapan berbaur politik, majlis berkenaan turut dipenuhi dengan kibaran bendera Umno, malah murid turut dipaksa supaya menyanyikan lagu parti itu dan melaungkan slogan ‘Hidup Umno!’

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah mengingatkan penjawat awam agar tidak tunduk terhadap tekanan politik.

“Penjawat awam harus menunjukkan kesetiaan kepada negara serta rakyat dan bukannya kepada parti politik,” tegasnya.

6.8
OVERALL SCORE
: 8.0
3 user votes x 6.3
CATEGORIES
TAGS