Bolehkah Peguam Negara didakwa kerana tidak mendakwa?

Bolehkah Peguam Negara didakwa kerana tidak mendakwa?

Seorang peguam negara yang baharu boleh mendakwa Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali sekiranya mengunakan budi bicaranya hanya untuk melindungi bekas perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak tidak melakukan kesalahan dalam kes pemindahan RM42juta dari SRC International, kata Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin

“Adakah beliau juga wajar didakwa, saya tidak mahu membuat spekulasi.

Hanipa Maidin

Mohamed Hanipa Maidin

“Namun, jika diandaikan Peguam Negara yang baharu nanti memutuskan akan mendakwa mantan Perdana Menteri BN (Najib) di mahkamah bagi kes pemindahan RM 42 juta tersebut, saya rasa berkemungkinan besar Peguam Negara itu juga berhadapan risiko yang besar untuk didakwa dengan pertuduhan jenayah,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau yang juga seorang peguam itu, berkata, terdapat klausa di bawah Artikel 145 ( 3 ) Perlembagaan Persekutuan , seorang Peguam Negara ada budibicara untuk mendakwa atau tidak mendakwa seseorang atas sesuatu kesalahan jenayah.

“Sepertimana kata Y.M. Almarhum Raja Azlan Shah J dalam kes Sri Lempah Enteprise tidak wujudnya budi bicara mutlak kerana ” absolute discretion is a contradiction in terms. ”

“Lagipun, jika budi bicara itu dilihat telah secara sengaja disalahgunakan bagi melindungi seorang penjenayah yang jelas melakukan jenayah, saya tidak fikir budi bicara tersebut boleh melindungi hatta seorang peguam negara.

“Namun , seperti yang saya kata ,saya tidak mahu berspekulasi. Kita tunggu lah sama-sama tindakan Peguam Negara yang baru nanti,” ujarnya.

Mohamed Hanipa Maidin, dipercayai mengulas mengenai desakan beberapa ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) mahukan Apandi meletakkan jawatan secara terhormat daripada dipecat.

Sebaliknya Apandi diarahkan bercuti oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan tempatnya digantikan dengan Peguam Cara Negara berkuatkuasa pada 14 Mei lalu.

Menurut Mohd Hanipa beliau bersetuju dengan desakan agar Peguam Negara lantikan kerajaan BN itu ujarnya, meletakkan jawatan secara terhormat daripada dipecat.

 

 

8.0
OVERALL SCORE
: 8.0
Have no any user vote