Malaysia Dateline

Bonet Lamborghini tak muat: ‘Van jenazah luas, boleh letak banyak duit’

Seorang pengasas produk kecantikan disaran menggunakan van jenazah yang lebih luas untuk menyimpan jutaan wang dimilikinya.

Sindiran itu susulan daripada dakwaan wanita berkenaan menerusi rakaman video di TikTok yang dakwanya tidak berbaloi membeli Lamborghini.

Kata wanita tersebut, kereta mewah itu hanya boleh memuatkan wang sejumlah RM2 juta sahaja lantaran bonet yang kecil.

Hmmm… tak berbaloi betul. Tengoklah tu, muat RM2 juta je duit yang ayunieso bagi. Nanti lagi RM8 juta yang dia kena bayar, cikna nak letak mana,” tertera kapsyen pada rakaman video berdurasi hampir seminit itu.

“Van jenazah luas, boleh letak duit banyak banyak banyak.

“Boleh masuk kubur tak?

“Beli kontenalah, muat berjuta-juta.

“Kalau tak berbaloi, bagi saya je lah kereta tu,” demikian antara deretan sinis komentar pengguna TikTok.

Baca juga Nama calon PM PH ‘meletup’ di Twitter menjelang hari penamaan calon

Baca juga ‘Nasib baik pakai mask’ – Member pelik kad asyik ‘decline’ rupanya guna kad…