Bonus Aidilfitri penjawat awam akan diumum, kata Mahathir

Bonus Aidilfitri penjawat awam akan diumum, kata Mahathir

Kerajaan akan memberi bonus kepada penjawat awam dan pesara sempena Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamd berkata, jumlah dan tarikh bayaran bagaimanapun masih belum dimuktamadkan.

“Ada, kita akan isytihar nanti,” katanya ringkas ketika menjawab soalan pemberita berhubung hal tersebut.

Terdahulu, Tun Dr Mahathir merasmikan Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Ke-48 di Pusat Konvensyen Spice Arena di Georgetown, hari ini.

Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) minggu lalu berharap permintaan bonus Aidilfitri sebanyak RM1,000 untuk penjawat awam dan RM500 untuk pesara dipersetujui kerajaan.

Setakat ini, Pulau Pinang, Kedah dan Melaka sudah mengumumkan pemberian bonus Aidilfitri kepada penjawat awam masing-masing antara RM1,000 sehingga setengah bulan gaji.