Borhan dilantik KP Perkhidmatan Awam baharu

Tan Sri Dr Ali Hamsa (kiri) menyampaikan surat pelantikan sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam yang baharu  kepada Datuk Borhan Dollah.

Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Dr Ali Hamsa  dalam  satu kenyataan hari ini, memaklumkan pelantikan Datuk Borhan Dollah sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam yang baharu berkuatkuasa serta merta hari ini.

Borhan,59, mengantikan Tan Sri Zainal Rahim Seman yang tamat tempoh kontrak.

Borhan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Antrapologi dan Sosiologi) dari Universiti Malaya dan memperoleh Ijazah Sarjana Pentadbiran Awam dari Universiti Hartford Amerika Syarikat.

Beliau telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama lebih 30 tahun apabila mula menyertai perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 13 Januari 1984.

Beliau juga berpengalaman luas dalam bidang pengurusan sumber manusia, pengurusan projek dan pentadbiran am menerusi karier perkhidmatan.

Beliau pernah menjawat Timbalan Ketua Setiausaha Jabatan Perdana Menteri; Setiausaha Persekutuan Sabah, Jabatan Perdana Menteri dan; Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

CATEGORIES
TAGS