Boris Johnson diumum Perdana Menteri baharu Britain

Boris Johnson diumum Perdana Menteri baharu Britain

Parti Konservatif Britain mengumumkan Boris Johnson sebagai ketua parti dan seterusnya menjadi Perdana Menteri baharu negara itu.

Boris Johnson memperoleh 92,153 undi berbanding Jeremy Hunt yang mendapat 46,656 undi. Peratusan jumlah pengundi ialah 87.4 peratus daripada 159,323 pengundi yang layak manakala 509 lagi undi ditolak.

Pegawai pilihan raya membuat pengumuman itu pada tengah hari di sini hari ini.

Boris Johnson dalam ucapannya selepas dipilih mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Theresa May dan berikrar untuk menangani kemelut Brexit.

Pengumuman itu disiarkan secara langsung oleh BBC News- BERNAMA