Borneonisasi dibincang semula untuk kembalikan hak Sabah

Borneonisasi dibincang semula untuk kembalikan hak Sabah

Rakyat Sabah kembali membincangkan isu Borneonisasi setelah hampir 53 tahun menyertai Malaysia demi kelangsungan hdup yang lebih bail untuk penduduk negeri itu.

Untuk tujuan itu, Parti Bersatu Sabah (PBS) akan menubuhkan dua jawatankuasa peringkat tertinggi mengenai Borneonisasi dan penurunan kuasa untuk mengembalikan apa yang secara sah adalah milik Sabah dan rakyat negeri ini.

Ketika mengumumkan demikian hari ini, pemangku Presiden PBS Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata, kedua-dua isu itu telah menjadi topik perbincangan yang tidak berkesudahan dan digunakan oleh sesetengah pihak untuk mengelirukan rakyat.

“Kita perlu mempertahankan apa yang masih ada dan mengembalikan apa yang telah terhakis,” katanya kepada hampir 200 peserta Seminar Kepimpinan PBS di Kem Bina Negara, di sini, yang berakhir hari ini.

TAGS