Seorang pemuda meluahkan rasa ralat apabila ketua jabatan tempatnya bekerja didakwa meminta setiap kakitangan membayar RM100 untuk majlis berbuka puasa antara mereka.
Biarpun dia bersetuju dengan idea untuk merapatkan ukhuwah antara pekerja, namun menurutnya dana majlis berbuka puasa tidak seharusnya datang dari sumbangan wang mereka.
Apatah lagi ia adalah majlis berbuka puasa untuk kakitangan jabatan.
Justeru dia meluahkan rasa agak ralat kerana bukan semua bergaji tinggi dan mampu keluarkan sebesar RM100 hanya untuk berbuka puasa.
“Tak faham budaya berbuka puasa dengan jabatan, lepas tu kita kena keluarkan duit sendiri. Kenapa aku perlu bayar RM100 untuk
“Kepada bos aku, kalau terbaca luahan hati aku ni, aku sebenarnya menyokong idea untuk merapatkan ukhuwah dalam pasukan.Tapi dana untuk majlis berbuka tu tidak sepatutnya datang daripada sumbangan wang kami.
“Mungkin dalam kalangan kami ada yang bergaji tinggi tapi perlu sara keluarga di kampung. Ada juga yang bergaji tinggi tapisedang memulakan kehidupan baharu. Belum ambil kira lagi mereka yang bergaji rendah.
“Acara melibatkan pejabat sepatutnya ditaja sepenuhnya oleh pihak atasan dengan alokasi bajet yang tersedia,” tulis lelaki itu di platform X.
Menjengah ke ruangan komen, ternyata warganet menyebelahi lelaki itu dan berpendapat segala program yang melibatkan pejabat perlu datang dari bajet syarikat itu sendiri.
“Sangat bersetuju dengan apa yang dibicarakan saudara, saya kurang gemar juga program atau sebarang aktiviti melibatkanpejabat ni. Saya datang untuk bekerja saja, lepas tu saya nak balik.
“Orang dekat pejabat bukannya ikhlas pun berkawan dengan kita. Ramai yang bermuka-muka. Setiap minit yang saya luangkan dengan mereka membuatkan mental saya semakin ‘koyak’,” komen warganet.
Baca juga: Bank salah masukkan duit, kanak-kanak jadi jutawan sekelip mata selepas terima RM3.5 Juta