Bosan asyik jadi penunggang agama, Azhan Rani nak cuba watak lain pula

Oleh MAISARAH AISYA

Bukan senang nak membawa watak penunggang agama tapi bila dah sebati dengan diri maka sukar untuk bawa watak protaganis.

Sering menerima watak jahat, pelakon Azhan Rani mengakui dirinya mula bosan dan mengakui dirinya mahukan karakter lain.

Ini adalah selepas kejayaannya membawa watak Ustaz Hamadi dalam drama Nur, hingga menyebabkan dia mendapatkan karakter lebih kurang sama lapor Kosmo! Online.

“Sebenarnya saya bosan bawa watak penunggang agama. Selepas drama Nur, terlalu banyak tawaran hingga saya terpaksa tolak seperti watak ustaz dan imej alim.

“Setiap kali saya muncul dengan drama baharu, saya selalu berharap penonton dapat fokus sekali gus dapat menutup kegilaan terhadap watak Ustaz Hamadi,” katanya seperti dipetik Kosmo! online.

Terkenang akan usia yang tidak lagi muda, Azhan sebolehnya mahu diberi peluang meneroka watak lain dan tidak terikat pada satu karakter sahaja.

“Umur saya pun sudah meniti senja, saya tak mahu habiskan sisa usia dengan satu watak. Banyak lagi karakter yang mahu dicuba.

“Saya cabar Shahrulezad beri saya watak berbeza tapi makan diri sebab setiap karakter semakin berat.

“Kalau boleh saya tak mahu jadi pelakon stereotaip dan mahu terus cuba banyak watak lain tetapi ikut kemampuan saya. Selagi ada ruang memilih, saya akan pilih karakter lebih baik,” ujarnya.

Baca juga: “Kami datang bercuti 5 orang, duduk serumah bukan sebilik” – Nabila kesal netizen terlalu menghakimi