Botol minuman dengan paras kandungan yang patut diminum mengikut waktu sudah betul tapi isinya boleh mengundang cepat penyakit osteoporosis atau tulang rapuh.
Itu antara komentar warganet respons terhadap perkongsian seorang individu di media sosial dengan air botol yang penuh dengan satu produk minuman berkarbonat yang sifar gula.
Menerusi gambar yang dikongsi, paras penuh air dalam botol itu ditandakan dengan “Start – Good Morning” diikuti tujuh sela masa dengan setiap satu tempoh berjarak 2 jam.
Mengikut cadangan jumlah pengambilan minuman itu juga, separuh kandungan botol itu ditandakan pada jam 3 petang iaitu sebagai menambah tenaga.
Seseorang itu dianggap berjaya menghabiskan minuman dalam botol itu apabila paras air mencecah pada takat 9 malam.
Namun, ada warga maya menasihati individu berkenaan bahawa air kosong sepatutnya yang mengisi botol itu bukannya minuman bergas.
“Minuman sebatian kimia karbonat – asid fosfat: Pembunuh kalsium. Reput gigi dan tulang lagi cepat dan buah pinggang dah tak boleh jual nak beli iPhone sebab rosak,” perli pengguna Facebook, Akim TY.
Peringatan sama disuarakan seorang warganet yang menulis, “Kesian dia. Muda-muda dah osteoporosis. Kena minum Anlene, gigi hancur kemudian kena dialisis pula.”
Baca juga Mossad Israel sohor di Twitter
Baca juga Kipas sekolah jatuh atas anak, bapa terkilan pihak sekolah tak bagi rawatan segera