“Brand Promise” AMANAH mula terserlah!

Oleh NASUHA RAHMAN

Presiden AMANAH, YB Mohd Sabu dan beberapa pimpinan AMANAH di pelbagai peringkat telah dipanggil pihak berkuasa selepas parti AMANAH secara meluas menggerakkan flashmob baru-baru ini, sekaligus memberi gambaran ‘Brand Promise’ AMANAH mula terserlah.

Selapas itu pula, ada media yang melaporkan pihak berkuasa telah “berkunjung” ke ibu pejabat AMANAH bagi meneruskan siasatan mereka.

Flashmob yang membantah kenaikan harga barang telah digerakkan oleh AMANAH di seluruh negara secara serentak, membawa mesej AMANAH peduli akan keperitan yang dirasai rakyat terbanyak.

Hasil tinjauan rambang, flashmob yang dianjurkan mendapat sambutan yang agak menggalakkan.

Sambutan kenderaan di jalanraya turut memeriahkan flashmob baru-baru ini. Pemandu “bersolidariti” dengan membunyikan hon mereka. Tanda setuju. Tanda kebersamaan.

Brand Promise AMANAH: Peduli!

Jika denyut dan keperitan rakyat terus diterjemahkan AMANAH melalui kepedulian mereka, tidak mustahil flashmob sebegini boleh melahirkan “gelombang” rakyat menjelang PRU15 (dan mungkin juga menjadi mimpi ngeri buat saingan AMANAH).

Ya, AMANAH peduli. Peduli ini adalah sebahagian dari Misi AMANAH.

AMANAH yang sebelum ini terkenal dengan pendekatan Rahmat untuk semua boleh terus memikat rakyat dengan pendekatan peduli ini. Rahmat untuk semua dan peduli amat dekat dan berkait rapat.

AMANAH Parti peduli

Sebagai parti politik, AMANAH tidak boleh lari dari hakikat mereka perlu menawarkan servis kepada kumpulan sasar atau “pelanggan” mereka.

"Brand Promise" AMANAH mula terserlah!
Pemuda AMANAH di himpunan Turun Harga Barang pada 23 Julai 2022

Servis ini memberi makna kepada jenama mereka. Servis yang jelas berbeza dari yang lain.

Servis melalui kepedulian ini juga boleh membezakan AMANAH dan boleh dilihat sebagai “brand promise” AMANAH (“brand promise” merujuk kepada janji atau nilai yang dibawa sesebuah jenama. Ianya dapat dirasai oleh kumpulan sasar atau pelanggan mereka sebagai “customer experience”).

AMANAH boleh dilihat dan dirasai sebagai benar-benar parti bernuansa Islam yang progresif dan peduli.

Untuk terus dirasai “pelanggan” atau kumpulan sasar mereka, AMANAH perlu terus dilihat peduli.

Peduli akan keresahan nasib rakyat yang kehilangan punca akibat terkesan dengan pasca pandemik dan kenaikan harga barang yang seolah=olah tiada penyelesaian.

Peduli terus bina imej AMANAH

Walaupun kini pimpinan AMANAH berhadapan dengan tindakan pihak berkuasa, ianya adalah natijah dari sifat peduli mereka terhadap nasib rakyat.

Ya, pedulinya AMANAH mungkin memangsakan pimpinan mereka sendiri.

Tetapi natijah peduli ini memberi imej yang positif kepada AMANAH. Membina jenama parti bernuasakan Islam yang amat berbeza!

Inilah naratif dan komunikasi AMANAH!

AMANAH memahatkan imej parti peduli yang sanggup mempertaruhkan pimpinan mereka sendiri kepada tindakan pihak berkuasa. Demi rakyat!

Peduli suatu Rahmat

Negara terus menyaksikan episod pasca flashmob.

Apakah akan ada lagi tindakan pihak berkuasa terhadap pimpinan dan parti AMANAH? Atau apakah bakal menjelma lagi kempen mega peduli rakyat pimpinan AMANAH?

Semuanya kembali kepada pedulinya AMANAH dalam memperjuangkan nasib rakyat.

Moga AMANAH terus peduli.

Kerana pedulinya AMANAH benar-benar suatu rahmat buat semua!

Penulis merupakan, warga global yang amat meminati dunia gajet dan isu semasa

Baca juga: Malaysia boleh jadi bankrap jika Waris Kesultanan Sulu berjaya tuntut RM62.59 bilion

Baca juga: Katak ‘dikahwinkan’ untuk gembirakan dewa hujan