BTN, PLKN dimansuhkan

BTN, PLKN dimansuhkan

Kabinet telah bersetuju untuk memansuhkan Biro Tata Negara (BTN) dan menghentikan program Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) serta-merta, kata Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Beliau berkata, semua tenaga kerja dan sumber untuk keduanya akan diserap ke kementerian yang berkaitan.

“BTN dan PLKN ini akan diganti dengan program baru yang dapat membentuk belia masa depan. Di mana kita akan menentukan cara terbaik untuk menguruskan semua aset sedia ada.

“BTN dan PLKN akan diletak dibawah Kementerian Belia dan Sukan akan membuat pemerkasaan dan penstrukturan semula. Fungsi jawatan dan peruntukan kewangan dan aset latihan PLKN dan BTN,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media yang diadakan di Parlimen hari ini.

Keputusan untuk memansuhkan kedua-dua agensi dan program itu dibuat berikutan mesyuarat Kabinet minggu lepas.

Kerajaan Pakatan Harapan berada di bawah tekanan untuk menamatkan BTN disebabkan oleh penyelewengan yang berlaku bahawa agensi itu secara efektif menjadi sebuah alat propaganda yang dibentuk oleh pentadbiran Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

9.5
OVERALL SCORE
: 9.0
1 user vote x 10.0
CATEGORIES
TAGS