Malaysia Dateline

Buang masa saja Mahiaddin cuba berusaha nak jadi PM sekali lagi

Nampaknya keinginan dan rasa ghairah Presiden Bersatu, Mahiaddin Md Yasin untuk kembali jadi Perdana Menteri buat kali kedua bukan lagi suatu perkara main-main.

Sebelum ini, Tun Mahathir Mohamad mengesahkan beliau telah didatangi oleh Mahiaddin yang bertujuan meminta sokongan daripadanya untuk berkuasa semula.

Kata bekas Ketua Menteri Sabah itu, Mahiaddin meminta sokongan daripadanya sambil mendakwa sudah dianya sudah berjumpa dengan Pengerusi PH, Anwar Ibrahim serta telah memiliki 119 dokongan daripada Ahli-Ahli Parlimen.

Dengan Tun Mahathir dan Shafie secara terbuka memberi pengesahan didekati Mahiaddin, sukat dilihat mereka itu tidak bercakap benar atau mereka-reka cerita.

Yang jelas, keghairahan Mahiaddin untuk merampas kembali jawatan Perdana Menteri yang sebelum ini dilepaskannya tidak ubah seperti seorang duda yang ingin berbini lagi setelah tertelan sebiji viagra.

Apakah Mahiaddin tidak mengukur baju di badannya sendiri? Tidak sedarkah beliau bahawa dirinya adalah Perdana Menteri yang gagal dan telah dijatuhkan sebelum ini?

Apa yang boleh diharapkan daripada seorang yang gagal jika diangkat semula mengetuai negara?
Yang peliknya, jika benar Mahiaddin sudah ada 119 Ahli Parlimen menyokongnya, nak tunggu apa lagi?

Atas munasabah apakah Ismail Sabri Yaakob yang merupakan pilihan Mahiaddin sendiri untuk menggantikannya, tapi kini mahu dijatuhkan pula?

Sebenarnya jangankan ikut logik akal, guna hukum rimba pun tidak mungkin singa yang telah gagal mahu diangkat semula sebagai ketua untuk menjaga hutan belantara.

Selain itu, turut sukar untuk dipercayai ialah dakwaan Mahiaddin kepada Shafie bahawa Anwar telah menyatakan kesediaan memberi sokongan kepadanya untuk jadi Perdana Menteri buat kali kedua.

Gila ke Anwar yang patut lebih layak dan belum merasa jadi Perdana Menteri tiba-tiba setuju memberi laluan kepada Mahiaddin yang telah terbukti gagal untuk kembali menguasai Putrajaya sekali lagi?

Lainlah jika Mahiaddin yang sedia memberi sokongan bagi pihak PN dan Bersatu kepada Anwar jadi Perdana Menteri?

Apa pun, sebelum Mahiaddin terus mahu bermimpi dan mengghairahkan dirinya untuk cuba kembali sebagai Perdana Menteri, ada baiknya beliau hentikan saja kerja sia-sia itu.

Terlalu sukar dan mustahil usahanya itu akan beroleh kejayaan.

Tidak ada sesiapa yang sedia memberi sokongan kepada pemimpin yang telah terbukti gagal untuk kembali dan memungkinkan kegagalan berulang serta menyusahkan rakyat sekali lagi.

Sama seperti Najib Razak yang dianggap telah membawa banyak kerosakan kepada negara dan ingin kembali semula sebagai Perdana Menteri, beliau dan Mahiaddin adalah dua sosok yang tidak diperlukan lagi untuk masa depan negara ini.

Selepas merasa jadi Perdana Menteri, kedua-dua mereka lebih wajar bersara dan memberi peluang kepada pemimpin lain yang lebih muda daripada parti masing-masing untuk meneroka pendakian kuasa yang seterusnya.

Rakyat pun nak lihat juga pemimpin lain pula jadi Perdana Menteri, bukan asyik-asyik mereka saja.

Baca juga: