Buang saja menifesto, kata Najib pada PH

Buang saja menifesto, kata Najib pada PH

Bekas Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Razak menempelak Pakatan Harapan (PH) kerana sekali lagi gagal mengotakan janji pilihan raya, sekali gus memberitahu PH agar jangan berpura-pura akan mengotakan janji yang lain, lapor Malay Mail.

Beliau mengulas cadangan ketua biro dasar dan strategi Bersatu. Wan Saiful Wan Jan supaya PH menggantikan menifestonya dengan kajian separuh penggal Rancangan Malaysia ke-11 dan Laporan Belanjawan 2019.

“Rasmi: Manifesto PH telah boleh dibuang sekarang,” tulis Najib dalam Facebooknya.

Wan Saiful membuat cadangan tersebut setelah mendedahkan bahawa PTPTN tidak mampu mengotakan apa yang dijanjikan PH untuk tidak mengenakan bayaran balik pinjaman kepada mereka yang berpendapatan di bawah RM4000 sebulan.

Wan Saiful adalah Pengerusi PTPTN.

Hari ini, Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik juga berkata bahawa Kabinet bersetuju untuk “meminda” Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang dijanjikan oleh PH akan dimansuhkan.

COMMENTS