Malaysia Dateline

Buang tatu hijrah di bulan Ramadan

Ramai yang mengambil keputusan untuk berhijrah menjadi lebih baik pada bulan Ramadan ini termasuk buang tatu di tubuh mereka.

Di Indonesia, trend menghapus tatu menggunakan teknologi laser semasa Ramadan dilihat meningkat setiap kali tiba bulan penuh keberkatan itu.

Bahkan, terdapat badan bukan kerajaan (NGO) Muslim turut tampil menganjurkan program membuang tatu secara percuma.

Antaranya, Hijrah Care yang menawarkan rawatan menghapus tatu tanpa mengenakan bayaran pada 10 April lalu selama enam jam bermula pukul 9 pagi.

Program berlangsung di Masjid Al Latiif, Kota Bandung, Jawa Barat itu menyaksikan sambutan menggalakkan dalam kalangan lelaki Muslim yang mahu membuang tatu di tubuh mereka.

Ada tatu yang berimej tengkorak dengan terpampang tulisan ‘mom’ dan ‘dad’ malah terdapat tatu berupa peta Republik Indonesia.

Di dalam Islam hukum bertatu iaitu pembuat tatu dan orang yang meminta dibuat tatu adalah haram.

Orang yang telah bertatu wajib bertaubat dan menyesal serta menghilangkan tatu itu menggunakan kaedah teknologi yang sedia ada jika tidak mendatangkan sebarang kemudaratan.

Namun, tatu itu boleh dibiarkan dan dimaafkan sekiranya ia mendatangkan kemudaratan pada diri dan nyawa.

Tatu juga tidak wajib dihilangkan jika orang yang bertatu itu tidak sempat menghilangkannya atau pun telah meninggal dunia.

Media Indonesia berkongsikan sejumlah gambar sepanjang program itu berlangsung:

Baca Gempar bawa parang panjang masuk masjid gara-gara pembesar suara kejut bangun sahur

Baca Penulis buku hina Nabi Muhammad ditahan