‘Buat akaun baru sajalah’, akaun Telegram PM digodam tarik perhatian warganet

Oleh ARIF ATAN

Akaun Telegram peribadi milik Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob yang digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab dilihat menarik perhatian warganet.

Orang ramai menyifatkan bukan satu masalah besar pun untuk Naib Presiden Umno itu membuat akaun baharu.

“Alaa…, akaun telegram bukan akaun bank yang kena godam,” ulas Firdaus Ita.

Ada juga secara berseloroh berpendapat rakan-rakan Ismail Sabri selepas ini akan menjadi ‘mangsa’ untuk dipinjam wang.

Tidak kurang juga yang ‘curiga’ Ismail telah menekan pautan apa sebenarnya sehingga akaun Telegram beliau digodam.

Terdahulu, Ismail menerusi Twitter meminta sesiapa yang menerima mesej daripada akaun berkenaan supaya mengabaikannya dan membuat laporan kepada pihak berkuasa.

Baca juga ‘Bola besar’ Puteri Umno cabar Ismail Sabri

Baca juga Penat naik turun mahkamah, Aishah masih tak dapat tanah yang dijanjikan