Buat apa beri peruntukan kepada MP yang hari-hari cerca kita? – PMX

Oleh MAISARAH AISYA

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memaklumkan semua bantuan daripada kerajaan akan disalurkan terus kepada rakyat dan tidak lagi melalui menteri yang sering memperlekeh kerajaan.

Jelas Anwar adalah lebih baik peruntukan parlimen diberikan terus kepada rakyat program pembangunan kerajaan.

Memetik MalaysiaKini, Anwar memaklumkan perkara tersebut semasa Kongres Nasional PKR 2023 yang berlangsung semalam.

“Dia (pembangkang) katakan kita menafikan hak wakil rakyat. Tak betul…Elaun wakil rakyat itu tak pernah kita singgung

“Peruntukan bagi kawasan kita tambah, saya sebut di parlimen, peruntukan di kawasan PAS, atau Bersatu, di kawasan parlimen, kita teruskan. Sekolah, masjid, perubahan semua kita lakukan. Apa-apa projek pembangunan.

“Tetapi kita tak salur kepada ahli parlimen, yang penting kita salurkan kepada rakyat. Mengapa kita nak salur kepada ahli parlimen yang hari-hari cerca kita, yang nak menumbangkan kita, maki kita?

“Yang penting kita masih memberi kepada rakyat,” katanya seperti dipetik MalaysiaKini.

Kenyataan itu dibuat untuk menyangkal dakwaan pembangkang bahawa kerajaan telah merasuah empat ahli parlimen Bersatu untuk menyokong kepimpinannya.

Para pembangkang ini dikatakan meminta bantuan dan pada masa sama melemparkan pelbagai tuduhan kepada kerajaan.

“Siapa kita (pada pandangan mereka)? Orang yang mencemar Islam, orang yang mengkhianati Melayu. Lepas tu, kamu cari lainlah.

“Kamu pun dah pilih seorang tokoh untuk jadi penasihat kamu. Biarlah dia cari orang (untuk bantu).

“Orang yang hentikan peruntukan sekolah agama, orang yang menentang hukuman syariah. Itu lebih Islam daripada kami? Pergilah kepada mereka,” tambahnya.

Baca juga: Satu dewan kecoh! Tupai serang sebahagian perwakilan ketika PMX berucap