Malaysia Dateline

Buat apa saja, netizen tetap menyerang Azmin

Buatlah apa sahaja, hatta mengucapkan selamat menyambut Thaipusam yang berlangsung hari inipun, netizen sentiasa mengambil kesempatan untuk menyerang bekas timbalan presiden PKR yang khianat, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Dalam hantaran beliau di facebook sebelum ini pun, penuh dengan komen-komen negatif terhadap Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu.

Orang ramai hanya menghamburkan kecaman dan menganggap Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) itu sebagai tin kosong ekoran hanya dilihat sekadar โ€˜sembangโ€™ seolah-olah memahami masalah rakyat selepas setahun pandemik Covid-19 melanda.

Azmin malam tadi membuat satu mesej di facebook bagi mengucapkan membuat Perutusan Hari Thaipusam 2021.

Namun, kebanyakan netizen bukannya menyambut baik bahkan mengambil kesempatan untuk mengecam beliau.

Awal November 2020, Twitter telah memaklumkan, Azmin adalah orang Malaysia yang paling dibenci di platform media sosial itu.

90.63 peratus komen terhadap beliau adalah bernada benci mengatasi Tan Sri Muhyiddin Yassin 75.56 peratus.

Kajian yang dijalankan oleh Kuala Lumpur School of Artificial Intelligence (KLSAI) itu berdasarkan 300,000 ciapan di Twitter antara 21 hingga 25 Oktober 2020.

Selepas tiga bulan, Azmin terus menjadi sasaran di media sosial termasuk kepada ucapan Thaipusam beliau hari ini.

Azam Abdul Rahman menulis, “Sembang jer si Min nie.. acah2 TPM”

Mazlan Abu Bakar pula marah dengan kerajaan kerana isu I-Sinar yang dibuat oleh kerajaan.

“I-Sinar kami tanpa syarat la….Duit kami bukan duit gomen…..๐Ÿ˜ ๐Ÿ˜ ๐Ÿ˜ ” tulis beliau mengambil kesempatan menyerang Azmin.

Yang menarik juga adalah, Azmin juga yang diserang kerana isu penubuhan semula Jasa yang kini bertukar menjadi J-Kom.

Ctrahmah Ismail Ctrahmah Ismail menulis
“No akaun dah bagi.. Bila nak bank in elaun Jkom aka Pkn..”.

Ada juga yang mengambil kesempatan menyerang kerajaan negeri Kedah pimpinan Pas yang membatalkan cuti sempena Thaipusam di negeri itu.

S Kumar Vp Samy mengucapkan terima kaish kepada kerajaan Malaysia yang menghormati kepercayaan kaum Hindu.

“Sebagai orang awam kami akan sembayang di rumah masing masing harap semua masyarakat Malaysia memahami upacara thaipusam tidak boleh di berhenti begitu sahaja,” katanya yang dipercayai menyindir tindakan Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor itu.

Netizen juga turut mengambil kesempatan untuk menyerang Azmin dengan kes video yang tidak berapa terang beliau.

Mona Abdullah menulis, “Cucuk sana cucuk sini .. hahhahah .. Tak sakit ker ..”